Connect with us

Berita Lain

Isteri Sanggup Merisik, Meminang Untuk Suaminya


HULU TERENGGANU: Hanya ingin memastikan segala hajat
pasangan hidupnya tercapai, seorang wanita bergelar isteri, di sini, bukan
sekadar merelakan dirinya dimadukan tetapi juga sanggup merisik, meminang serta
menyaksikan sendiri akad nikah suaminya dengan isteri baharu.
Tidak cukup dengan itu, Mek Nik Hassan,58, juga mengenakan
busana putih pada majlis akad nikah sekali gus kelihatan sedondon bersama
pasangan pengantin, Md Noor Abd Ghani, 59, dengan Wan Nora Wan Mustafa,38,
selain turut menyarungkan barang kemas berupa seutas rantai di leher madunya.
Wan Nora dipakaikan seutas rantai oleh Kak Nab yang turut
berpakaian sedondon.
Majlis berlangsung di kediaman pengantin perempuan petang
Jumaat lalu yang terletak di seberang jalan dengan rumah Mek Nik dan Md Noor
juga menyaksikan Mek Nik setia di sisi madunya sehingga ke akhir majlis selain
turut mengabadikan kenangan merakam gambar bersama-sama.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Berkongsi cerita, Mek Nik yang lebih mesra dipanggil Kak Nab
berkata dia lega dan bersyukur kerana segala urusan serta perjalanan majlis
berjalan lancar sekali gus dapat memenuhi hajat yang disuarakan suami tercinta
beberapa bulan lalu untuk berkahwin lain.
“Saya tidak terkejut apabila suami maklumkan hasrat
untuk berkahwin lagi sebaliknya percaya dia benar-benarkan maksudkan begitu
kerana suami jenis suka berterus-terang, jika itu dikatakannya itu jua lah
dilakukannya. Lagipun, saya rasa suami berkemampuan dan berpoligami bukannya
berdosa dalam Islam.
“Saya lebih rela dengar dari mulutnya sendiri daripada
tahu kemudian hari daripada cerita orang. Sekurang-kurangnya dia jujur kepada
saya sebagai isterinya kerana tidak sorokkan apa-apa dari saya atau berkahwin
lain secara senyap-senyap kerana itu akan buatkan saya terluka.
“Biarpun terpaksa berkongsi kasih suami, namun demi
penuhi hajatnya saya sanggup.
Lagipun, saya telah lama kenal madu saya ini kerana tinggal
sekampung dan kerana itu juga mudahkan saya untuk urusan persiapan perkahwinan
termasuk mengajak Wan Nora ke Bandar Kuala Berang untuk membeli cincin.
“Alhamdulillah, sembilan anak saya berusia antara 17
hingga 38 tahun juga tidak menghalang perkahwinan baharu ayah mereka, cuma saya
harapkan kami semua sentiasa bahagia. Saya yakin, madu saya ini dapat berikan
kebahagiaan jua kepada suami, lagipun kesihatan saya kurang mengizinkan kerana
menghidap kencing manis,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Wan Nora berkata selain tertarik dengan
perwatakan suami yang begitu pemurah dan baik hati, kesungguhan serta kebaikan
Kak Nab bagi melihat perkahwinan itu menjadi satu kenyataan turut menyebabkan
hatinya terbuka sekali gus menerima lamaran meskipun tahu akan berkongsi kasih
dengan suami orang.
“Kak Nab sendiri datang jumpa saya tanya sudi kahwin
dengan suaminya ataupun tidak dan beritahu dia tidak marah. Mulanya, saya tiada
jawapan tetapi melihat Kak Nab begitu bersungguh saya akhirnya bersetuju dan
keesokan harinya dia terus ajak saya pergi beli cincin sebagai persiapan.

“Saya sendiri tidak pernah terfikir akan berkahwin
dengan ayah kepada rakan sekolah sendiri, namun siapa menyangka kerana jodoh
itu rahsia ALLAH. Bermadu juga ibarat mimpi ngeri bagi wanita, tapi
Alhamdulillah saya terpilih rasai kemanisannya.
“Suami yang mengusahakan tanaman sawit antara pelanggan
tetap kedai makan yang saya usahanya sejak lebih kurang lima tahun lalu di
kampung ini. Dari situlah sifat pemurahnya dapat saya lihat kerana dia sering
belanja orang lain sekali gus membuat kan saya tertarik dengan
perwatakannya,” ujarnya.
Tambah Wan Nora, dia berterima kasih kepada Kak Nab kerana
sudi menerima dirinya serta turut berharap perkahwinan kali ketiganya itu kekal
selamanya dan dia telah pun mempunyai lima anak berusia antara sembilan tahun
hingga 20 tahun sebelum alami kegagalan rumah tangga kali kedua Mei lalu.
Katanya lagi, biarpun mungkin ada segelintir individu
bercakap mengenai perkahwinan itu namun dia tidak mahu memikirkannya kerana dia
melakukan sesuatu yang baik dalam Islam dan tentunya jodoh serta segalanya itu
sudah ditakdirkan serta ditentukan oleh-NYA.
– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel