Connect with us

Berita Lain

Shafie Disiasat Lagi Berkaitan Sokongan Kontrak RM43 Juta


KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk
Seri Mohd Shafie Apdal, sekali lagi dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan lain di
Sabah.
Kali ini, ia dipercayai berkaitan siasatan kontrak
penyelenggaraan sebuah universiti di negeri ini.
Difahamkan, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
berusia 60 tahun itu hadir di pejabat SPRM Sabah pada jam 10 pagi tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam
Baki, mengesahkan bekas menteri itu tidak ditahan, hanya dipanggil untuk
membantu siasatan.
Setiausaha Agung Warisan, Loretto J Padua, pula berkata,
Mohd Shafie dipanggil berhubung kes lama yang kini disiasat SPRM.
“Ia cuma kes kecil berhubung bil lama yang disiasat
SPRM. Kami akan memberikan kenyataan media berkaitan perkara ini nanti,”
katanya.
Difahamkan, ia berkaitan tandatangan Mohd Shafie bagi
menyokong permohonan sebuah syarikat untuk mendapatkan kontrak yang dikatakan
bernilai RM43 juta ketika beliau menjadi menteri.
Ahli Parlimen Semporna itu sebelum ini direman lapan hari
berhubung siasatan penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion di Sabah yang
dilaporkan berlaku dari tahun 2009 hingga 2015.
Beliau bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak
RM100,000 termasuk RM80,000 deposit.
– Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel