Connect with us

Berita Lain

BN: Beri Mangsa Banjir RM2,000, Jangan Serah Borang PH


GEORGE TOWN, 6 Nov — Barisan Nasional (BN) hari ini
membentangkan usul tergempar pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari
ini berhubung pembayaran wang ihsan kepada mangsa tragedi banjir yang melanda
Pulau Pinang.
Ketika membentangkan usul itu, Datuk Dr Muhamad
Farid Saad (BN-Pulau Betong) mencadangkan agar Dewan yang bersidang hari ini
serta merta meluluskan Pembayaran Ihsan Khas berjumlah RM2,000 kepada setiap
isi rumah yang menjadi mangsa banjir.

Selain itu, beliau turut mencadangkan satu jumlah
pampasan yang difikirkan wajar kepada sekolah, masjid, dan rumah ibadat bukan
Islam dan lain-lain yang seumpamanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pembayaran pampasan khas ini perlu mengguna pakai
wang daripada Tabung Hasil Disatukan 
Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya.
Bagaimanapun usul tersebut hanya didengar tanpa
dibahaskan berikutan keputusan mutlak berhubung perkara terbabit hanya akan
dapat dibuat oleh kerajaan negeri.
Ketika ditemui pemberita kemudian, Muhamad Farid
berkata jumlah RM2,000 itu lebih memadai berbanding hanya wang bantuan RM400
yang diumumkan kerajaan negeri pada September lalu.
“Saya tidak berhasrat untuk usul itu dibahaskan.
Terlalu banyak harta yang rosak dan ia membebankan rakyat yang kurang
berkemampuan.
“Oleh itu saya berharap kerajaan negeri dapat
mengambil perhatian perkara ini dan saya mohon bantuan ini dapat disegerakan,
serta diberikan terus kepada mangsa banjir tanpa melalui syarat  yang berunsur politik,” katanya.
Muhamad Farid turut meminta agar bantuan tersebut
disalurkan terus kepada mangsa banjir tanpa perlu mengisi borang Ahli  Pakatan Harapan.
“Saya difahamkan untuk mendapat bantuan perlu
mengisi borang ahli Pakatan Harapan terlebih dahulu.
“Jadi di sini saya minta tidak perlulah mengisi borang
tersebut dan terus sahaja memberi bantuan kepada mangsa banjir terlibat,”
katanya.
Persidangan DUN kemudian ditangguhkan sehingga 8
November ini bagi memberi laluan kepada lawatan rasmi Putera Charles, the
Prince of Wales dan Camilla, the Duchess of  Cornwall, ke Pulau Pinang esok. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel