Connect with us

Berita Lain

Kes Anak Dilacur RM50 Satu Malam, Polis Buru 3 Suspek Utama Warga Bangladesh


JOHOR BARU — Polis sedang memburu tiga
lelaki warga Bangladesh yang disyaki suspek utama kes seorang ibu melacurkan
dua anak perempuannya berusia lapan dan 10 tahun kepada tiga lelaki asing,
bulan lepas.
Ketua polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd
berkata pihaknya berjaya mengenal pasti ketiga-tiga mereka menerusi pasport
mereka dan hasil soal siasat terhadap tujuh suspek lain yang ditahan sebelum
ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kesemua lelaki terbabit berusia 30-an termasuk
seorang daripadanya yang dipercayai teman lelaki ibu kepada kedua-dua
kanak-kanak perempuan itu. Polis percaya ketiga-tiga mereka masih berada dalam
negara ini, namun telah keluar dari negeri ini.
“Walaupun kita (polis) belum berjaya menangkap
suspek, secara dasarnya kita telah mengambil langkah mengesan suspek ini,”
katanya kepada pemberita pada prapelancaran Hari Keluarga bersama PDRM Care di
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.
Katanya beliau sendiri memantau kes terbabit dari
semasa ke semasa dan yakin pihaknya dapat mengesan kesemua suspek secepat
mungkin.
Pada 25 Okt lepas, polis menahan seorang wanita
berusia 39 tahun kerana disyaki melacurkan dua anak perempuan kepada tiga
lelaki asing di sebuah hotel bajet di bandar raya ini.

Susulan itu, polis telah menahan tujuh lelaki warga
Bangladesh berusia antara 28 dan 42 tahun serta seorang lelaki tempatan yang
juga majikan warga asing berkenaan berusia 48 tahun bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 372
Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Anti Pemerdangangan Orang dan Anti
Penyeludupan Migran (ATISPOM). — Bernama 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel