Saturday, November 15, 2025

PPBM N9 Didakwa Kucar-Kacir Tanpa Mesyuarat Agung

November 7, 2017
1 min read

PUTRAJAYA: Ahli PPBM Negeri Sembilan menuntut kepimpinan
pusat parti itu mengadakan mesyuarat agung bagi menyelesaikan kepincangan
kepimpinan negeri.

Bekas Setiausaha Pendaftaran PPBM Negeri Sembilan Abdul
Rashid Mohamed berkata ahli di peringkat akar umbi keliru apabila terlalu
banyak individu yang mendakwa mengetuai kepimpinan negeri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ketika ini ramai sangat yang mengaku sebagai pemimpin,
sekejap orang itu, sekejap orang ini…kami ahli akar umbi yang juga penggerak
parti cukup keliru mana satu yang betul, kami pun tidak tahu,” katanya kepada
pemberita selepas membuat aduan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia (JPPM) di sini hari ini.

Abdul Rashid yang mewakili bahagian PBBM Rembau hadir ke
JPPM bersama wakil bahagian PPBM Seremban, Teluk Kemang, Rasah dan Kuala Pilah
mengemukakan aduan kepada JPPM.

Abdul Rashid mendesak Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan
Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir agar tidak mengelak daripada
bertanggungjawab atas kepincangan yang berlaku terutamanya kegagalan mengadakan
mesyuarat agung tahunan yang sepatutnya diadakan awal September lepas.

“Kami desak perkara ini diselesaikan. Kenapa sukar dan
mengelak daripada mengadakan mesyuarat agung tahunan sedangkan ia termaktub
dalam akta pertubuhan,” katanya.
Abdul Rashid berkata pihaknya berharap JPPM dapat menyiasat
isu tersebut dan mengarahkan PBBM mengadakan mesyuarat agung bagi menyelesaikan
kemelut tersebut.

FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian