Connect with us

Berita Lain

Yusuf Azmi, Ali Salihin Didakwa Khianat Dan Ceroboh Stor Kereta



Mahkamah Majistret di Kajang hari ini menetapkan 22 Disember
untuk sebutan semula kes pengarah unit tindakan khas Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM), Muhamad Yusof Azmi dan ketua operasi unit tindakan khas PPIM,
Ali Salimin yang didakwa atas dua pertuduhan melakukan khianat dan menceroboh
sebuah stor kereta, Julai lepas.

Majistret Nor Afidah Idris menetapkan tarikh itu selepas
Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi memaklumkan beberapa
dokumen berkaitan kes itu masih belum lengkap dan memohon satu tarikh baharu
untuk serahan dokumen.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Peguam Mohd Fadhly Yaacob yang mewakili kedua-dua tertuduh
tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap permohonan itu.
Pada 24 Oktober lepas, Muhamad Yusof yang lebih dikenali
sebagai Yusof Azmi, 27, dan Ali yang dikenali sebagai Abang Ali, 50, mengaku
tidak bersalah dengan niat bersama telah bersubahat melakukan perbuatan khianat
dengan memotong kunci pagar Stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, yang mana
kesalahan tersebut telah dilakukan hasil daripada persubahatan bersama.
Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di Stor
Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, Lot 1926A Sungai Sikamat, Jalan Cheras Batu 13
pada 3.30 petang 10 Julai lepas.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan
dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum
lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua mereka turut mengaku tidak bersalah dengan niat
bersama telah bersubahat melakukan kesalahan pencerobohan jenayah antara jam
3.30 petang dan 7.30 malam, di tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 447
Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun serupa, yang memperuntukkan
hukuman penjara hingga tiga bulan atau dengan denda maksimum RM3,000 atau
kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel