Connect with us

Berita Lain

Yakin Lawatan Ke Australia Kukuhkan Hubungan


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
yakin ​​​​​​lawatan kerja dua hari ke Australia akan mengukuhkan lagi hubungan
ASEAN-Australia dan Malaysia-Australia.
Najib yang kini berada di Sydney bagi menghadiri Sidang
Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana
Menteri Australia Malcolm Turnbull pagi Sabtu.
“Saya baru selesai bertemu dengan Perdana Menteri Australia,
Malcolm Turnbull di mana beberapa isu dua hala telah dibincangkan antaranya
kedua-dua pihak telah mengambil maklum bahawa perdagangan dua hala antara
Malaysia dan Australia melonjak sebanyak 23.7 peratus kepada hampir RM54 bilion
pada 2017.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Begitu juga pelaburan antara Australia dan Malaysia malah
pelaburan dari Malaysia ke Australia adalah lebih besar daripada Australia ke
Malaysia termasuk sebuah kilang LNG yang dilaburkan Petronas bernilai AS$5
bilion selain daripada jumlah dagangan antara Malaysia dan Australia,” katanya
dalam siaran langsung di laman sosial Facebook miliknya, hari ini.
Selain itu, katanya, hubungan dalam bidang pendidikan antara
kedua negara yang telah lama terjalin masih lagi penting dengan kira-kira
26,000 pelajar Malaysia sedang menuntut di Australia ketika ini.
Najib berkata Australia juga menjadi destinasi pelancongan
popular dalam kalangan rakyat Malaysia dengan 300,000 rakyat negara ini melawat
negara itu tahun lepas.
“Di sini (Australia) juga terdapat tempat-tempat seperti
restoran yang dimiliki rakyat Malaysia yang menunjukkan bahawa hubungan ‘people
to people’ adalah sangat erat antara Australia dan Malaysia,” katanya.
Pertemuan kedua-dua pemimpin itu yang berlangsung kira-kira
30 minit, di adakan Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC) Sydney menjelang Sidang
Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 selama dua hari yang bermula petang ini
(Sabtu).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Najib berkata sidang kemuncak khas yang julung kali diadakan
itu menandakan bahawa sebagai suatu organisasi dan sebagai sebuah rantau, ASEAN
semakin mendapat pengiktirafan oleh negara-negara luar kawasan ASEAN.
“Saya akan diberi penghormatan pada petang ini untuk
mewakili ASEAN dalam majlis penutup satu persidangan berkenaan pencegahan
jenayah antara ASEAN dan Australia.
“Saya yakin dan percaya sidang kemuncak khas ini dan juga
lawatan dan perbincangan saya dengan pemimpin-pemimpin di Australia akan
mengukuhkan hubungan Malaysia dan Australia dan ASEAN dan Australia,” katanya.
Najib satu-satunya pemimpin ASEAN yang dijemput untuk
menyampaikan ucapan pada segmen penutup persidangan itu. Pemimpin lain yang
akan berucap pada persidangan itu ialah Turnbull.
Ini adalah kali pertama Australia menjadi tuan rumah sidang
kemuncak bersama semua pemimpin ASEAN. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel