Wednesday, December 10, 2025

Batalkan Perjanjian Dengan China Risikokan Ekonomi Negara

March 25, 2018
1 min read

KUANTAN: Peneroka Felda di negara ini bakal berhadapan
dengan masalah untuk memasarkan hasil minyak sawit sekaligus meninggalkan kesan
kepada ekonomi negara jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14
(PRU14) nanti.
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ini kerana
mereka (pembangkang) menyatakan akan membatalkan segala kontrak perjanjian
dengan negara China sekiranya parti itu menang pada PRU itu.
“Kerajaan mengamalkan dasar hubungan baik dengan kuasa-kuasa
ekonomi besar dunia termasuk China dan India serta negara-negara lain kerana
mereka akan membeli minyak kelapa sawit yang dikeluarkan oleh peneroka Felda di
negara ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Cuba bayangkan kalau mereka batalkan perjanjian itu,
hubungan antara dua negara akan menjadi keruh… kalau keruh minyak sawit ini
tidak laku dan tidak boleh jual, yang susah bukan mereka (pembangkang), tetapi
peneroka Felda sendiri.
“Jangan jadi macam Selangor, pemimpin mereka dapat undi,
tetapi rakyat dapat baldi kerana kegagalan kerajaannya untuk menguruskan soal
air,” kata Najib ketika berucap di Majlis Ramah Mesra di Parlimen Paya Besar di
Felda Lepar Hilir 1 di sini malam tadi.
Turut hadir di majlis itu menteri besar Pahang Datuk Seri
Adnan Yaakob dan pemangku ketua Umno Bahagian Paya Besar Datuk Md Sohaimi
Mohamed Shah.
Mengikut rekod, selain India dan Kesatuan Eropah, China
merupakan antara negara terbesar yang membeli minyak sawit dari Malaysia.
Sehubungan itu beliau meminta supaya peneroka Felda yang
menjadi penyokong kuat kerajaan BN selama ini membuat pilihan yang tepat pada
PRU14.
Menurutnya hasil hubungan diplomatik yang erat kerajaan
dengan negara-negara termasuk Arab Saudi dan China ini telah membuka banyak
ruang ekonomi dan faedah untuk rakyat termasuk menerusi (eksport) hasil
pertanian dan (peruntukan) tambahan kuota haji.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam pada itu, Najib turut menzahirkan komitmen untuk terus
menjalankan agenda pembangunan di kawasan luar bandar.
Beliau berkata, “Sesetengah tempat lain kehidupan mereka
lebih mewah dari sini, ada tempat itu mereka mendapat segala kemudahan tetapi
tidak sekuat mana menyokong kerajaan BN, tetapi tempat seperti ini (Paya Besar)
tetap kuat menyokong kita.
“Sebab itu kerajaan tidak akan lupakan agenda pembangunan di
luar bandar supaya mereka seiring dengan pembangunan di bandar, namun agenda di
bandar tetap perlu diteruskan kerana kita perlu untuk mengembangkan ekonomi.
“Apabila ekonomi berkembang, hasil negara akan bertambah dan
kita dapat mengagihkannya ke luar bandar,” katanya.
– Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Najib Dakwa Badan Kehakiman Bersikap Tidak Adil Terhadapnya

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa

Mahkamah Persekutuan Kekal Sabitan Najib Dan Hukuman Penjara 12 Tahun, Denda RM210 Juta

PUTRAJAYA, 23 Ogos (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan