Friday, December 05, 2025

Pentas Ceramah BN Dibaling Telur

April 9, 2018
1 min read

ALOR SETAR – Pentas ceramah rakyat anjuran BN Kedah yang
diadakan di Padang Awam Taman Derga Jaya, dibaling telur busuk.
Setiausaha BN Kedah, Datuk Md Rozai Shafian berkata, ceramah
bertemakan ‘Menolak Pakatan Hipokrasi’ yang dijangka berlangsung malam ini,
menampilkan antaranya Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri
Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Katanya, pihaknya kesal kerana wujud cubaan pihak tertentu
untuk sabotaj perjalanan ceramah parti itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Insiden dipercayai berlaku awal pagi kerana persiapan
pentas siap sejak petang semalam. Akibat kejadian itu, terdapat kesan kotor dan
bau busuk pada permaidani atas pentas ceramah dan ia terpaksa ditukar,”
katanya.


Menurutnya, BN Kedah memandang serius berhubung perkara itu
dan menyifatkan ia cubaan mensabotaj, namun tidak sedikit pun menjejaskan
semangat petugas parti.
“Cubaan sabotaj itu tidak menjejaskan perjalanan ceramah dan
program diteruskan seperti dirancang,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sehubungan itu, satu laporan berhubung insiden terbabit
dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, oleh Setiausaha Penerangan
Umno Kedah, Sohaimi Zainal Abidin, hari ini.
Md Rozai berkata, kawalan keselamatan sepanjang ceramah
berlangsung dipertingkatkan agar lancar tanpa sebarang provokasi.
“Saya juga minta semua premis parti seperti bilik gerakan,
pejabat parti dan ahli pertingkatkan kawalan keselamatan untuk elak sebarang
sabotaj,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

DAP Hormati Mandat Pengundi, Anthony Loke Ambil Tanggungjawab Penuh Kekalahan PRN Sabah

KOTA KINABALU – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menzahirkan penghormatan terhadap keputusan