Connect with us

Berita Lain

Kekalkan Kerajaan BN Untuk Teruskan Agenda Perumahan – Najib


ALOR SETAR: Rakyat perlu mengekalkan kerajaan Barisan
Nasional (BN) sedia ada bagi memastikan agenda perumahan yang menjadi keutamaan
kerajaan dapat diteruskan untuk jangka panjang, kata Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Beliau berkata disebab itu, agenda perumahan menjadi
keutamaan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-14
(PRU14) termasuk memperbanyakkan lagi projek perumahan rakyat (PPR) bagi
membolehkan setiap rakyat di negara ini memiliki kediaman sendiri.
“Kita mesti membuat perancangan yang menjangkau tempoh
masa bukanlah satu, dua tahun sahaja. Kita mesti ada perancangan jangka panjang
sebab kalau kita nak mengangkat, menjulang negara antara negara terunggul di
dunia, BN mampu mencapai matlamat itu sebab petanda-petandanya sudah ada,
perancangannya sudahpun dibuat, pelaksanaannya tengah dilakukan.”
“Garis penamatnya, insya-Allah kesampaian dengan syarat
BN jadi pilihan. Sebab itulah bila kita kata dalam manifesto, hari ini kita
bina rumah untuk semua, anak cucu mewarisi harta yang cukup besar
nilainya,” katanya berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat dan
perasmian PPR Suka Menanti, di sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hadir sama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md
Hanipah, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua Setiausaha
Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Mohammad
Mentek.
Najib berkata BN mempunyai rekod khidmat yang baik dan
menunaikan setiap janji yang dibuat termasuk pembinaan perumahan yang
memanfaatkan rakyat di negara ini.
Beliau berkata setakat ini sebanyak 125 projek PPR
membabitkan 85,198 unit rumah bernilai RM6.18 bilion sudah siap dibina manakala
46 projek bernilai RM3.26 bilion dalam pembinaan.
“Inilah projek setakat ini. Menang BN boleh tambah
lagi. Untuk Kedah boleh tambah (perumahan), tak ada masalah. Nak tolong tak
payah orang lain, saya boleh tolong Kedah…insya-Allah,” katanya.
Mengulas PPR Suka Menanti, Najib berkata setiap pembeli
hanya perlu membayar RM35,000 daripada harga asal rumah berkenaan iaitu
RM217,000.
“PPR ini payah nak lawan sebab projek PPR Suka Menanti
ini kosnya RM217,000 seunit dan harga jualan RM35,000. Ini bermakna setiap unit
kerajaan memberi subsidi sebanyak RM182,000. Maknanya sesiapa yang menjadi
pemilik rumah ini dalam tangan mereka sebuah rumah bernilai RM217,000.”
“Siapa kata kerajaan tak bagi subsidi, kerajaan tak
baik, kerajaan bankrap? Macam mana negara bankrap boleh buat projek ini,”
katanya.
Najib berkata berbeza dengan pembangkang, mereka hanya
pandai berjanji dan tidak menunaikan janji yang dibuat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kita dah nampak ‘track recordnya’. Kita tak main
janji, pihak satu lagi main janji. Hari ni cakap lain esok cakap lain. Macam
BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) hari ini dia (pembangkang) menghina kata
‘dedak’, dalam manifesto masuk BR1M. Kita (kerajaan BN), (BR1M) bulan Jun ni
masuk RM800 dan bulan Ogos ni lagi RM800,” katanya.
Dalam pada itu, Najib mahu BN Kedah memenangi semula kerusi
Parlimen Alor Setar dan semua tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan
Parilmen berkenaan iaitu Suka Menanti, Kota Darul Aman dan Alor Mengkudu pada
PRU14.
“Saya kecewa Alor Setar (menang) satu (DUN) saja, satu
lawan tiga. Kita kalah dalam main bola, satu gol saja dengan kita. Kalau nak
minta macam-macam kena menang 4-0 dengan syarat Alor Setar membiru dengan
BN,” katanya.
Terdahulu, Najib turut mengumumkan peruntukan RM20 juta bagi
menaik taraf tapak perniagaan penjaja dan peniaga kecil di Alor Setar dalam
tempoh lima tahun akan datang sekiranya BN menang pada PRU14.”
PPR Suka Menanti bernilai RM108 juta melibatkan 500 unit
rumah dijangka mula dibina pada pertengahan tahun ini.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel