Connect with us

Berita Lain

Surat Terbuka Syed Saddiq Kepada KJ

Foto: Astro Gempak

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman menyifatkan beliau mempunyai perbezaan pendapat dan pandangan dengan
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.
Melalui satu surat terbuka ditujukan khas buat Ahli Parlimen
Rembau itu, beliau teruja dengan pembentangan Dasar Belia Malaysianya.

Menurut Saddiq, idea untuk menetapkan had umur belia kepada
30 tahun adalah satu idea besar bagi memastikan aliran pemimpin-pemimpin belia
boleh memberikan idea-idea yang segar untuk melengkapkan pembinaan negara kita.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Namun hari ini, calon-calon baru Umno untuk pemimpin pemuda
mereka adalah masing-masing berusia 42 tahun termasuk Asyraf Wajdi dan Khairul
Azwan yang mana secara peribadinya saya amat menghormati mereka.
“Akan tetapi, calon-calon ini tidak memenuhi definisi belia
yang dibentangkan, situasi diburukkan lagi apabila Jamal Yunos, seorang
individu yang menyalahi undang-undang dan tidak menyerahkan diri kepada pihak
berkuasa, juga mencalonkan diri untuk merebut Ketua Pemuda Umno, yang juga
berusia 48 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari  ini.
Ahmad Saddiq memaklumkan, ia adalah terpesong daripada apa
yang dijanjikan Khairy pada tahun 2015 dan sekarang Dasar Belia Malaysia
dilihat sebagai polisi populis hanya untuk menarik undi belia.
Katanya, itu adalah memalukan, Pemuda Umno sejak dahulu
adalah tapak untuk orang baru dan yang 
melonjak naik untuk meletakkan diri mereka sebagai pemimpin akan datang
yang boleh negara harapkan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Dato Seri Hishamuddin berusia 38 tahun ketika beliau memegang
posisi Ketua Pemuda Umno sebelum Khairy Jamaluddin mengambil tempat itu ketika
beliau berusia 33 tahun.
“Terdapat trend yang ketara dan saya percaya trend memilih
calon yang memenuhi kriteria definisi belia perlu sentiasa berterusan,”
katanya.
Beliau percaya dalam usaha untuk mereformasi Umno, mereka
perlu untuk menunjukkan dedikasi kepada belia.
“Keperluan untuk mengangkat dasar yang Khairy Jamaluddin
sendiri gagaskan adalah satu kemestian.
“Cadangan ini bukan sahaja akan memberikan impak kepada Umno
tetapi idea yang sama ini juga bakal memberi gelombang kepada parti-parti lain
bagi mewujudkan satu gerakan persaingan sihat menarik bakat muda dan memberikan
kedudukan pimpinan tertinggi kepada parti mereka,” katanya.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel