Connect with us

Berita Lain

Bersatu Gesa SPRM Siasat Syarikat Bawa Masuk Pekerja Asing


PUTRAJAYA – Bersatu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah agensi pekerja asing yang mendapat hak
eksklusif daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) membawa masuk 1.5 juta
pekerja Bangladesh.
Ketua Biro Integriti Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman
berkata, pihaknya juga meminta SPRM agar menyiasat sama ada syarikat berkenaan
kroni kepada pemimpin kerajaan terdahulu.

“Syarikat ini seolah-olah mendapat hak eksklusif daripada
KDN untuk membawa masuk pekerja asing secara pukal,” katanya.
Menurutnya, syarikat itu dipercayai memonopoli masuk pekerja
Bangladesh.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Setakat ini sudah 150,000 pekerja Bangladesh berjaya dibawa
masuk manakala 235,000 orang telah diluluskan kemasukannya oleh KDN,” katanya.
Beliau berkata, syarikat itu turut dipercayai mengaut
keuntungan sehingga RM45 juta hasil daripada kemasukan 150,000 warga Bangladesh
ke negara ini.
“Kami ingin persoalkan adakah keuntungan ini masuk ke dalam
pendapatan negara atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat SPRM
hari ini.
Beliau berkata, setiap pekerja asing perlu menyediakan
RM17,500 sebagai kos untuk bekerja di sini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Sebanyak RM5,000 dikenakan setiap orang dan 10 syarikat
menjadi ejen syarikat itu di Bangladesh.
“Syarikat itu pula mengenakan bayaran RM300 bagi setiap
pekerja yang berjaya dibawa masuk ke Malaysia,” katanya.
Muhammad Faiz berkata, syarikat berkenaan dipercayai
dimiliki oleh warga Bangladesh yang merupakan pemegang kad pengenalan biru dan
berpangkat Datuk.
Pada 15 Mac 2016, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat berkata,  dokumen pengurusan masuk pekerja Bangladesh
oleh syarikat berkenaan diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972  sebelum keputusan dibuat mengenainya.



– Sinar Harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel