Connect with us

Berita Lain

RM2.6 Bilion Diterima Najib Kini Tertakluk Pemeriksaan Lanjut – LHDN



PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, RM2.6
bilion yang diterima bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini
tertakluk kepada pemeriksaan lanjut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Sabin Samitah
berkata, susulan pendedahan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull dan siasatan yang sedang
dijalankan berhubung semua isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB),
kedudukan cukai bagi wang RM2.6 bilion yang diputuskan pada 16 Februari 2016
itu kini tertakluk untuk pemeriksaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Pada 16 Februari 2016, berdasarkan pada dapatan dibuat oleh
agensi itu yang ditugaskan untuk menyiasat wang berkenaan, amaun yang diterima
didapati adalah bayaran derma serta bersifat sukarela dan dengan itu bukan
bercirikan pendapatan, katanya.
Oleh itu katanya, mengikut prinsip am percukaian berhubung
pembayaran secara sukarela seumpama itu, ia bukan pendapatan yang tertakluk
untuk dicukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
“Pembayaran secara sukarela mungkin berubah cirinya dan
tertakluk dicukai jika ia diberikan secara berulang kali, sebagai pertimbangan
bagi perkhidmatan diberikan, sebagai balasan bagi sebarang faedah dalam apa-apa
bentuk atau amaun digunakan dalam kegiatan perniagaan bagi membolehkan operasi
perniagaan diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini susulan
perkembangan terbaru berhubung RM2.6 bilion yang diterima Najib serta wang
tunai dan barangan berharga lain yang dirampas dari kediamannya dan premis lain
baru-baru ini. – Bernama


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel