Connect with us

Berita Lain

Ada Petunjuk Kukuh Untuk Buka Semula Siasatan


Peguam, Ramkarpal Singh mendedahkan ada petunjuk baharu yang kukuh bagi membolehkan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibuka semula.

Beliau yang mewakili bapa kepada Altantuya, Shaariibuu Setev bagaimanapun berkata, tidak mempunyai hak untuk mengumumkan bukti itu kepada umum, lapor Sinar Harian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Ada kemungkinan terdapat bukti yang boleh diambil kira untuk memastikan siasatan lanjut dilakukan.

“Antaranya melibatkan motif siapa yang mengarahkan pembunuhan tersebut.Ia melibatkan petunjuk baharu dan petunjuk sedia ada,” katanya selepas pertemuan dengan peguam negara Tommy Thomas, sebentar tadi.

Sementara itu, Ramkarpal turut komited kes itu akan berjaya dibuka semula dalam masa terdekat.

“Sesi pertemuan dengan Peguam Negara sebentar tadi berjalan dengan baik. Beliau (Thomas) juga telah menyemak fail berkenaan pembunuhan tersebut dan sedikit sebanyak mendapat gambaran dan tahu apa yang telah berlaku.

“Beliau juga perlu meneliti kes ini bukan sahaja dari sudut kes jenayah tetapi juga kes sivil memandangkan beliau mewakili kerajaan sebagai salah satu pihak dalam kes ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Kami turut membincangkan mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sebagai salah satu alternatif sekiranya kes ini gagal dibuka semula,” katanya.

Setev dan cucunya menyaman kerajaan Malaysia serta tiga tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak Baginda untuk ganti rugi RM100 juta atas kematian Altantuya yang dibunuh antara 19 hingga 20 Oktober 2006.

Wanita berusia 28 tahun itu ditembak di kepala sebanyak dua kali, sebelum mayatnya dililit bahan letupan gred tentera dan diletupkan di dalam hutan. Motif jenayah dan dalang pembunuhan itu sehingga kini tidak diketahui.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Azilah dan Sirul yang juga anggota Unit Tindakan Khas yang menyediakan khidmat pengawal peribadi kepada pemimpin tertinggi negara, disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Bagaimanapun, Sirul melarikan diri ke Australia sebelum mahkamah membuat keputusan terakhir dan kemudian ditahan di Sydney hampir 2 tahun.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel