Connect with us

Berita Lain

RCI Mungkin Ditubuhkan Siasat Kes Altantuya



Sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mungkin akan ditubuhkan bagi meneruskan siasatan ke atas kematian model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh pada 2006.


Peguam keluarga mangsa, Ramkarpal Singh berkata, keperluan untuk menubuhkan RCI telah dibincangkan bersama Peguam Negara bagi membuka semula siasatan terhadap kes tersebut, lapor mStar online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“RCI adalah sesuatu yang perdana menteri akan beri nasihat kepada Yang Dipertuan Agong untuk ia dilaksanakan.

“Sebelum perdana menteri berbuat begitu, beliau akan meminta nasihat daripada AG (Peguam Negara) kerana itu adalah tugas AG dalam hal seperti ini.

“AG akan melihat kemungkinan tersebut (RCI). Tetapi RCI adalah alternatif untuk menyiasat kes ini secara lanjut, namun sekirannya perkara ini boleh diselesaikan melalui siasatan lanjut, maka tak perlulah kita nak adakan RCI,” jelas Ramkarpal pada sidang media yang diadakan pada Selasa.



Sidang media tersebut turut dihadiri oleh bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu yang tiba di negara ini bagi membuka semula siasatan kes pembunuhan anaknya.

Tambah Ramkarpal, pihaknya positif bahawa kes tersebut akan disiasat semula agar mereka yang bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement



Ramkarpal berkata mesyuarat bersama Peguam Negara turut membincangkan mengenai isu motif dan dalang yang mengarahkan pembunuhan Altantuya dilakukan.

Beliau turut mengulas mengenai status bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar dan rakannya Azilah Hadri yang dituduh membunuh model terbabit sebagai kekal bersalah dan tidak akan berubah.

Bagaimanapun, Ramkarpal berkata beliau tidak mempunyai kebebasan (liberty) untuk mengulas lanjut tentang pembabitan individu lain dalam kes tersebut.

“Kami amat yakin ia (siasatan) akan diteruskan.

“Pada tahap ini, memang ada petunjuk baharu, maksud saya ada kemungkinan atau bukti yang boleh diambil kira untuk siasatan lanjut dibuat,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Terdahulu, The Star melaporkan, selepas mengharungi penderitaan selama 12 tahun, Dr Setev mahu menuntut keadilan ke atas kematian Altantuya.

“Saya menderita sejak 12 tahun lalu. Kehidupan saya telah hancur seolah-olah dimusnahkan oleh tsunami,” katanya menerusi penterjemah pada sidang media Selasa.

Dr Setev berkata beliau tidak menerima keadilan sebelum ini dan mendakwa pentadbiran terdahulu melakukan segala-galanya untuk mengelak kebenaran daripada terbongkar.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel