Connect with us

Berita Lain

Selangor Tetap Teristimewa Di Hati Saya – Azmin Ali


SHAH ALAM – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Selangor tetap menjadi negeri yang teristimewa di sudut  hatinya walaupun beliau terpaksa  melepaskan jawatan menteri besar bagi meneruskan khidmat sebagai menteri persekutuan sepenuhnya mulai esok.
Semasa mengetik kad perakam waktu terakhirnya sebagai menteri besar tepat pada 4.31 petang tadi, beliau berharap semua penjawat awam Selangor akan terus memberi kerjasama yang baik kepada bakal penggantinya demi mengekalkan kemajuan dan kemakmuran negeri ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya amat yakin dengan ketokohan dan kewibawaan pengganti saya serta exco kerajaan negeri baharu yang pastinya akan menjamin kesinambungan pentadbiran berintegriti dan dinamik serta mengekalkan dasar-dasar peduli rakyat.
“Saya berjanji walaupun di Putrajaya, Selangor tetap mendapat tempat teristimewa di hati saya dan saya akan pastikan hak rakyat Selangor akan dikembalikan dengan adil dan saksama untuk pembangunan hasil kerja kuat kita selama ini yang telah sumbang 23 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan terakhirnya sebagai Menteri Besar Selangor pada majlis perpisahan ringkas di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.
Mohamed Azmin turut mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam Selangor dan pentadbir anak-anak syarikat kerajaan negeri kerana memberi kerjasama yang baik semasa pentadbirannya malah memuji mereka sebagai pasukan yang cukup berintegriti dan profesional dalam melaksanakan tugas.
Selepas ucapan itu, beliau dilihat sebak dan mengesat air matanya susulan wakil penjawat awam negeri mendoakan kesejahteraannya dalam bacaan doa bagi menutup majlis berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau kemudian bersalaman dengan para penjawat awam negeri yang mengiringi beliau ke kenderaan rasminya sebelum meninggalkan bangunan itu.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai siapa gerangan menteri besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin berkata: “Pengganti saya adalah seorang yang dinamik, bertenaga dan sudah pasti akan meneruskan legasi Selangor”. 
Mohamed Azmin mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 23 Sep 2014 dan menyandang jawatan itu buat kali kedua apabila dilantik semula pada 11 Mei lepas susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) di negeri berkenaan dan peringkat Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi kerajaan Persekutuan pada 21 Mei lepas dan pelantikan tersebut mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah namun, beliau perlu melepaskan jawatan menteri besar.
Susulan itu, dua nama disebut sebagai pengganti Mohamed Azmin iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok Dr Idris Ahmad dan ADUN Sungai Tua Amiruddin Shari yang juga anggota exco kerajaan negeri.
Istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri besar Selangor yang baharu dijadualkan esok di Istana Alam Shah, Klang.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel