Connect with us

Berita Lain

Tak dapat restu: Biar pucuk pimpinan jawab



SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor yang baharu, Amirudin Shari enggan memberi komen lanjut berhubung isu pelantikan jawatan itu yang menjadi panas selepas dakwaan tidak mendapat restu gabungan parti dalam Pakatan Harapan (Harapan).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menurut Amirudin, beliau menyerahkan perkara itu kepada pimpinan tertinggi Harapan bagi memberi penjelasan lebih lanjut mengenai perkara itu.


“Saya rasa  biar pimpinan pakatan harapan memberi penjelasan terutamanya daripada PKR untuk soalan tersebut dan saya serahkan kepada pimpinan tertinggi untuk membuat penjelasan,” katanya ketika sidang media yang berlangsung di Kediaman Exco Kerajaan Negeri, sebentar tadi.


Terdahulu, Adun Ijok. Dr Idris Ahmad dalam satu sidang media pagi tadi mendakwa pelantikan Amirudin sebagai menteri besar yang baharu tidak mendapat restu Harapan.


Selain itu, Idris turut mendakwa beliau merupakan individu tunggal yang mendapat persetujuan daripada semua parti gabungan Harapan untuk memegang jawatan itu termasuk sebelum bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah untuk kali kedua selepas gabungan itu menang pada PRU14.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Selain Amirudin, nama Idris dan Adun Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin merupakan antara calon yang disebut-sebut sebelum ini bakal menggantikan Azmin bagi memegang jawatan itu.


-sinar harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel