Connect with us

Berita Lain

Dakwa Politik Wang, AJK Bahagian Mohon UMNO Pusat Batal Kelayakan Idris Bertanding


Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Tangga Batu memohon
kepimpinan tertinggi Umno pusat membatalkan kelayakan Ketua Bahagiannya Datuk
Seri Idris Haron untuk mempertahankan jawatan berkenaan kerana didakwa
menggunakan ‘pengaruh wang’ bagi meraih sokongan perwakilan dalam sesi pemilihan
Umno bahagian 30 Jun ini.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Tangga Batu, Datuk Dr Abu Bakar
Mohamad Diah berkata Idris didakwa menawarkan elaun RM1,000 setiap bulan dan
seekor lembu korban setiap tahun untuk satu cawangan yang menyokongnya dalam
manifesto bekas Ketua Menteri Melaka itu dalam usaha mempertahankan jawatannya.
Beliau berkata tawaran berkenaan dikesan tersebar melalui
WhatsApp sejak seminggu lepas dan diuar-uarkan beliau dalam kempen yang
dilakukan Idris sehingga ia menjadi buah mulut dalam kalangan perwakilan Umno
Bahagian Tangga Batu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Perbuatan ini adalah salah laku calon yang bertanding
menggunakan sogokan kewangan dan ia salah kerana melanggar Perlembagaan Umno
Perkara 5 iaitu salah laku dibaca bersama Perkara 5.1.1 dan Perkara 5.1.2 yang
amat jelas menyatakan bahawa ahli parti dilarang melakukan perkara melibatkan
kewangan dalam proses pemilihan.
“Selain itu, ia satu tingkah laku yang tidak baik dilakukan
seorang ketua bahagian lebih-lebih lagi apabila beliau mendakwa dirinya telah menjadi
ketua bahagian selama 10 tahun dan sepatutnya faham mengenai peraturan dalam
pemilihan yang diibaratkan pertandingan keluarga,” katanya pada persidangan
akhbar di Melaka, malam tadi.
Turut hadir Naib Ketua Umno Bahagian Tangga Batu Datuk
Sazali Muhamad Din dan Anggota Jawatankuasa Umno bahagian berkenaan yang juga
pencabar Idris bagi jawatan Ketua Umno Bahagian Tangga Batu Datuk Seri Mohamad
Ali Mohamad.
Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata pemohonan itu akan dibuat
menerusi surat bantahan yang ditandatangani 19 daripada 30 Anggota Jawatankuasa
Umno Bahagian Tangga Batu yang akan dihantar bersama bukti yang telah dikumpul
kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengenai dakwaan Idris bahawa terdapat konspirasi terancang
untuk menjatuhkan karier politiknya, Abu Bakar berkata, tindakan yang diusulkan
atau dilakukan Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Tangga Batu adalah berasas
kerana ia berdasarkan pencapaian dan keputusan yang dibuat Idris sebagai
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka dan Ketua Bahagian Umno Tangga Batu
yang dilihat memberi impak besar kepada kekalahan Umno dan Barisan Nasional
pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Beliau (Idris) seorang ketua bahagian yang berpengalaman dan
sudah tentu tahu dan faham bahawa proses pemilihan setiap pertandingan akan ada
(pemimpin) yang dijatuhkan atau dinaikkan.
Dalam keadaan ini sudah tentu kita ingin menjatuhkannya
kerana beliau mempunyai salah laku dan menyebabkan Umno Tangga Batu dan Melaka
menerima kekalahan besar pada PRU 14.
Abu Bakar berkata tanggungjawab itu perlu digalas Idris
sepenuhnya kerana semua keputusan berhubung PRU 14 termasuk pemilihan calon
khususnya di bahagian Tangga Batu diputuskan sendiri tanpa perbincangan dengan
anggota jawatankuasa bahagian selain sehingga kini tiada perbincangan atau
mesyuarat dilakukan bersama perwakilan atau anggota jawatankuasa begi mengenal
pasti punca kekalahan untuk tujuan membetulkan kesalahan itu.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel