Connect with us

Berita Lain

‘Kecewa jika tiada wakil Kelantan dalam Kabinet’



KOTA BHARU-Jika benar tiada wakil Kelantan dalam Kabinet penuh kerajaan Pakatan Harapan sebagaimana ditularkan ia adalah perkara yang amat mendukacitakan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, amat malang kerana secara realitinya sebelum ini ketika Kelantan di bawah kerajaan pembangkang tetapi masih mempunyai wakil di peringkat Pusat.


Menurutnya, biarpun ada pelbagai medium boleh digunakan untuk menyalurkan pandangan namun keberadaan seorang wakil dari Kelantan dalam kabinet sudah pasti memudahkan sesuatu perkara itu dapat dipanjangkan kepada peringkat tertinggi dengan terbaik.


“Saya tidak boleh mengandaikan benar kerana belum lagi angkat sumpah, tetapi kalau khabar angin yang tidak ada wakil Kelantan itu betul, maka kita sebagai rakyat dukacitalah.


“Wakil di Kerajaan Pusat ini sangat penting. Kalau ada seorang dalam Kabinet ia akan mengukuhkan lagi usaha untuk membela hal Kelantan,” katanya kepada media pada Majlis Hari Raya Bersama Datuk Pa di sini, malam tadi.


Beliau mengulas tular sejak semalam senarai nama Kabinet penuh yang tiada wakil dari Kelantan, bagaimanapun memetik laporan MalaysiaKini, berdasarkan sumber kerajaan telah menafikan perkara itu.


Masih berharap Kelantan diberikan peluang, Mustapa berkata, suatu masa nanti diharapkan terdapat senator dilantik dari negeri ini.


“Ini kerana Kelantan sama dengan negeri lain, hal pembangunan, pendidikan, kesihatan, jenayah dan banyak isu lagi. Kalau ada pengantara sudah pasti tindakan pantas akan diambil,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Dalam perkembangan lain, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu turut kecewa dengan tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggunakan bahasa Mandarin dalam kenyataan rasminya.


“Jika ini kesilapan kita harap ia tidak akan berlaku lagi. Status bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan perlu dihormati oleh kerajaan mahupun pembangkang,” katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel