Connect with us

Berita Lain

Fokus Pulih Keyakinan Pelabur

KAJIAN Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11)
akan memberi tumpuan kepada memulihkan keyakinan pelabur, kata Menteri Hal
Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Kajian itu biasanya dibentangkan di Parlimen pada Julai,
tetapi kini dijadualkan pada 18 Oktober ini.
Kerajaan Pakatan Harapan akan turut menerangkan mengenai
dasar dan hala tujunya yang baharu dari segi meningkatkan ekonomi Malaysia
untuk tempoh beberapa tahun akan datang.
RMK-11 (2016-2020), dilancarkan pada 21 Mei 2015, berada
pada peringkat akhir dalam perjalanan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tumpuannya untuk memastikan kami dapat mengekalkan
pelaburan langsung asing (FDI) dan kami mahu pelabur mengekalkan Malaysia
sebagai destinasi pelaburan mereka.
“Ini amat penting kepada kami. Cabaran yang dihadapi
kerajaan Pakatan Harapan adalah bagaimana untuk memulihkan keyakinan pelabur,”
katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pemantauan Ekonomi Malaysia Edisi
Ke-18 Bank Dunia di sini hari ini.
Azmin berkata, disokong oleh prestasi ekonomi yang
diunjurkan, dengan pertumbuhan kekal pada 5.5 peratus bagi tahun ini, beliau
percaya kerajaan baharu dapat menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia.
Beliau berkata, FDI ke Malaysia akan dapat mewujudkan lebih
banyak nilai bagi negara melalui industri yang inovatif, berteknologi tinggi
dan berteraskan modal, serta bukan bergantung kepada tenaga kerja.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Terdahulu dalam ucapan Azmin berkata, kajian separuh penggal
itu akan turut menangani perbezaan pertumbuhan di negeri-negeri dan
ketidaksamaan pendapatan, terutamanya kumpulan pendapatan B40, kadar
pengangguran belia yang tinggi dan peningkatan kos sara hidup.
Kerajaan akan turut menangani cabaran struktur, seperti
meningkatkan produktiviti buruh, memastikan pelaburan dan inovasi yang
berkualiti, dan mendorong industri untuk meningkatkan rantaian nilai, katanya.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel