Connect with us

Berita Lain

PM Mahathir Hargai Jepun Sedia Pertimbang Pinjaman Mudah

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
menghargai sikap Jepun yang sedia mempertimbangkan permohonan Malaysia untuk
mendapatkan bantuan pinjaman mudah yang kini sedang dikaji oleh negara itu.
Hal itu disampaikan oleh Menteri Luar Jepun, Taro Kono
kepada Dr Mahathir ketika Kono melakukan kunjungan  hormat ke atas beliau di Perdana Putra di
sini hari ini. Kono kini dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Malaysia
bermula Selasa.
Semasa melawat Jepun bulan lepas, Dr Mahathir telah memohon
pinjaman yen dari Jepun dalam bentuk pinjaman mudah dan rakan sejawatannya
Shinzo Abe memberitahunya akan mempertimbangkan permohonan itu.
Sebahagian daripada 
pinjaman itu dijangka digunakan untuk menyelesaikan hutang-hutang lama
untuk menyeimbangi kos pinjaman yang tinggi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Wisma Putra dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sempena
kunjungan hormat Kono itu hari ini berkata, Dr Mahathir amat berpuas hati
dengan hasil perbincangannya dengan Abe di Tokyo pada 12 Jun lepas di mana
kedua-dua perdana menteri bersetuju untuk memperkasa dan memperkukuhkan semula
Dasar Pandang ke Timur yang dilancarkan pada 1982.
“Selama lebih tiga dekad, Malaysia dan Jepun memperoleh
manfaat daripada  dasar tersebut dan
mereka yakin dasar  itu akan terus
memberi manfaat kepada kedua-dua negara terutama dalam bidang pembangunan
pendidikan dan sumber manusia,” kata Wisma Putra.
Wisma Putra berkata dalam pertemuan dengan Kono, Dr Mahathir
mengulangi tawaran kepada Jepun untuk membuka cawangan universiti-universiti
Jepun  di Malaysia bagi membuka lebih
banyak peluang kepada pelajar Malaysia untuk belajar mengikut sistem pendidikan
Jepun.
Menurut kenyataan Wisma Putra, dalam masa yang sama para
pelajar juga boleh mempelajari bahasa Jepun dan yang lebih penting, mereka
dapat mempelajari nilai dan budaya Jepun, yang terbukti telah membantu memacu
kejayaan negara itu yang amat mengagumkan.
Menurut  Wisma Putra
lagi, Dr Mahathir berkata universiti itu juga akan lebih mudah diakses penuntut
Malaysia dan mampu menarik pelajar antarabangsa bukan sahaja dari rantau dekat
tetapi juga dari rantau jauh seperti Afrika, Asia Tengah dan Timur Tengah.
Kementerian  Luar juga
berkata Kono telah menyatakan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan,
Kebudayaan, Sukan dan Teknologi negaranya berhubung tawaran Malaysia itu.
Wisma Putra berkata Dr Mahathir dan Kono juga gembira dengan
keadaan semasa hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan berharap hubungan
erat dan kerjasama yang telah sedia terjalin antara kedua-duanya dalam pelbagai
bidang dapat diperkukuh dan dipertingkatkan lagi.
Pada 2015, Malaysia dan Jepun bersetuju untuk
mempertingkatkan taraf hubungan mereka yang sedia kukuh kepada hubungan rakan
strategik.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Menurut Wisma Putra, Dr Mahathir juga menyambut baik
kesediaan Jepun untuk menghantar pakar-pakarnya ke Malaysia untuk mengkaji
pelbagai kaedah untuk mengoptimumkan penggunaan sistem pengangkutan kereta api
di Malaysia terutama sistem landasan berkembar.
“Berikutan rakyat Malaysia semakin menerima baik
penggunaan pengangkutan awam, langkah untuk mengoptimumkan penggunaan sistem
pengangkutan kereta api akan dapat membantu mengurangkan masalah kesesakan lalu
lintas di pusat bandar raya,” kata Wisma Putra lagi.
Wisma Putra berkata Dr Mahathir dan Kono juga berbincang
mengenai pelbagai perkara berhubung perkembangan serantau termasuk isu-isu
berkaitan Semenanjung Korea.
“Perdana Menteri dan Kono bersetuju bahawa masyarakat
antarabangsa harus menyokong usaha pelupusan senjata nuklear di Semenanjung
Korea dan pada masa yang sama komited untuk melaksanakan sekatan di bawah
resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” tambahnya.
Mengenai perkembangan di Laut China Selatan, Dr Mahathir dan
Kono bersetuju agar ASEAN memainkan peranan lebih aktif dan menguruskan situasi
dan konflik di Laut China Selatan.
“Jepun telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan
ASEAN dalam perkara ini,” kata Wisma Putra.
Wisma Putra berkata Jepun juga memaklumkan bahawa ketua
perundingnya untuk Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian
Trans-Pasifik (CPTPP) akan datang ke Malaysia untuk memberi penerangan kepada
Kerajaan Malaysia mengenai perjanjian itu.
Dr Mahathir turut melahirkan rasa dukacita atas kejadian
banjir dan tanah runtuh di barat Jepun.
Kejadian yang berpunca daripada hujan lebat itu telah
menyebabkan kerosakan teruk di beberapa kawasan di Hiroshima, Osaka, Shiga,
Hyogo, Okayama, Kyoto dan Fukuoka, mengakibatkan lebih 100 nyawa terkorban dan
banyak lagi yang masih hilang.
— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel