Connect with us

Berita Lain

Dr Mahathir pengerusi baru Khazanah serta-merta


Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan Tun Dr Mahathir
Mohamad dilantik pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang baru, menggantikan
Datuk Seri Najib Razak yang meletak jawatan 31 Mei lepas.
Pengumuman ini menyusuli peletakan jawatan beramai-ramai
ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan itu 26 Julai lepas.
“Pelantikan ini berkuatkuasa serta-merta,” kata PMO dalam
kenyataan hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Turut diumumkan ialah pelantikan ahli lembaga pengarah iaitu
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ahli Majlis Penasihat
Kerajaan, Tan Sri Mohd Hassan Marican; bekas timbalan gabenor Bank Negara
Malaysia (BNM), Sukudhew (Sukhdave) Singh; dan bekas pengarah eksekutif di
pejabat pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Goh Ching Yin.

Sebelum ini, Pengarah Urusan Tan Sri Azmin Mokhtar dan
Pengerusi Jawatankuasa Ekskeutif Tan Sri Mohammed Nor Md Yusof meletakkan
jawatan bersama ahli lembaga lain selepas perdana menteri secara terbuka
mengkritik syarikat itu menyimpang daripada tujuan asal.
Pengarah lain adalah bekas tokoh perbankan Tan Sri Mohamed
Azman Yahya dan Datuk Mohammed Azlan Hashim; bekas pegawai bank pusat, Andrew
Sheng Len Tao, yang sebelum ini bertugas sebagai timbalan ketua eksekutif Pihak
Berkuasa Kewangan Hong Kong; Tan Sri Raja Arshad Raja Uda, bekas pengerusi dan
rakan kongsi kanan firma PriceWaterHouseCooper Malaysia; Datuk Nazir Razak,
pengerusi kumpulan CIMB dan adik bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak;
Datuk Nirmala Menon, eksekutif sektor insurans yang dihormati dan tokoh
perbankan, Yeo Kar Peng.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pasukan itu terdiri daripada tokoh korporat Malaysia paling
penting dan proses mencari pengganti mereka, sekiranya berlaku, akan diperhati
secara dekat oleh pelabur tempatan dan luar negara.
“Pelantikan pengarah urusan akan diumumkan kemudian,” kata
PMO.

– FMT

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel