Connect with us

Berita Lain

i-Guru kesal dengan Maszlee



SEREMBAN – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) kesal dengan tindakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini yang dilihat lebih mengutamakan sekolah persendirian berbanding sekolah aliran perdana.


Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata, pihak kerajaan sepatutnya lebih memberi tumpuan kepada sekolah yang melaksanakan dasar pendidikan negara sebagaimana termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Kenapa sekolah persendirian pula yang perlu diberi perhatian, bagaimana pula nasib sekolah aliran perdana.


“Pihak menteri tidak perlu tunduk dengan desakan kaum lain kerana banyak lagi isu lebih besar dan fundamental yang perlu diberi perhatian,” katanya kepada Sinar Harian.


Menurutnya, berkenaan dengan permintaan supaya peruntukan kewangan turut diberi kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), ia sepatutnya tidak perlu dilayan.


Beliau berkata, adalah lebih baik jika lebih banyak bantuan diberi kepada institusi sekolah agama seperti sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz dan sekolah swasta yang melaksanakan kurikulum kebangsaan serta mengambil peperiksaan kebangsaan.


“Kita bimbang jika kerajaan beri bantuan kepada sekolah persendirian ini, ia seolah-olah menganaktirikan sekolah aliran perdana yang mengguna pakai sistem kurikulum pendidikan kebangsaan,” katanya.


Dalam perkembangan lain, beliau meminta Kementerian Pendidikan supaya segera menangani isu kemurungan guru seperti yang disebut oleh Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia(NUTP), Kamarozaman Abd Razak baru-baru ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Katanya, i-Guru berpendapat isu berkenaan serius dan perlu diberi perhatian kerana ia boleh menganggu proses pengajaran dan pembelajaran sekali gus menjadikan pendidikan kurang efektif.


“Antara faktor yang boleh mengundang masalah kemurungan ini apabila beban guru dan saiz bilangan pelajar yang ramai dalam satu-satu kelas selain faktor segelintir guru yang terpaksa berjauhan dengan keluarga.


“Kementerian Pendidikan juga perlu menambah baik infrastruktur sekolah berdasarkan kepada keperluan,”katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel