Connect with us

Berita Lain

Mukhriz: Henti kaitkan BERRSATU dengan pemilihan PKR


Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
kecewa dengan ahli mahu pun kepemimpinan PKR yang membangkitkan perkara
bukan-bukan dengan mengaitkan sekutu mereka dalam Pakatan Harapan, menjelang
pemilihan parti itu tidak lama lagi.
“Kami (BERSATU) tiada kaitan langsung dengan pemilihan
dalaman PKR. Jadi saya kecewalah apabila mereka bangkitkan perkara tak
sepatutnya.
“Bagi kami peralihan kuasa itu telah termaktub sebagai
sesuatu yang telah diterima pakai oleh semua pihak.
“Jadi kenapa perlu ungkit perkara yang tiada bukti
semata-mata bagi membakar semangat untuk meraih undi kepada tokoh tertentu?”
soalnya yang dipetik oleh portal Utusan Malaysia hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mukhriz merujuk tindakan sesetengah pihak dan pemimpin PKR
yang mempersoalkan peralihan kuasa untuk jawatan perdana menteri dari ayahnya,
Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipersetujui sejak
dari awal pembentukan HARAPAN.
Baru-baru ini Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Idris Ahmad
mendakwa Mahathir dan Tun Daim Zainuddin selaku Pengerusi Majlis Penasihat
Kerajaan cuba memperalatkan pemimpin tertentu dalam PKR sebagai boneka.
Calon Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul
Hamid pula yang dikatakan berada dalam kem sama dengan Idris bagi memenangkan
Rafizi Ramli selaku timbalan presiden mendakwa, Daim menjadi dalang dalam usaha
menghalang Anwar daripada menjadi perdana menteri menggantikan Mahathir.
Mengulas lanjut, Mukhriz menzahirkan harapan supaya kalangan
ahli dan kepemimpinan BERSATU tidak mencontohi perbuatan ahli dan kepemimpinan
PKR tersebut menjelang pemilihan partinya yang juga akan diadakan tahun ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya nak nasihat pun, ini parti orang dan bukannya parti
sendiri. Ini soal rumah tangga mereka sendiri, bukan soal kami.
“Tetapi adakah mereka bermaksud jika tokoh selain yang
mereka sokong itu menang, maka peralihan kuasa seperti yang dipersetujui
sebelum ini akan dibatalkan? Saya tak fikir begitu kerana perkara ini tiada
kaitan dengan pemilihan parti,” katanya yang dipetik portal itu.
Sementara itu, portal Berita Harian Online pula memetik
Ketua Badan Pimpinan BERSATU Terengganu, Datuk Razali Idris sebagai berkata
dakwaan ahli dan pemimpin PKR itu boleh memecahbelahkan kesepakatan yang
dipupuk dalam parti komponen HARAPAN.
“Saya anggap dakwaan ini sangat melampau dan biadab. Tidak
wajar mengaitkan nama Dr Mahathir dalam pemilihan kepemimpinan parti PKR hanya
semata-mata ingin memenangkan calon kumpulan mereka.
“Pucuk pimpinan PKR khususnya Datuk Seri Anwar perlu
membendung segera kenyataan tidak berasas seperti ini,” katanya yang dipetik
portal itu.
Mengulas lanjut, Razali berkata, andai tidak dibendung
segera, hasutan seperti dilakukan itu boleh memberi kesan buruk terhadap
keharmonian dalam HARAPAN.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel