Connect with us

Berita Lain

‘Saya nak jadikan Muar bandar orang muda’ – Syed Saddiq



MUAR – Golongan belia perlu diberi ruang mengembangkan budaya inovasi dan kreativiti dalam membentuk golongan itu menjadi aset penting untuk membangunkan negara.


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, justeru landskap bandar Muar yang lebih dikenali sebagai bandar orang pencen perlu diubah kepada bandar orang muda.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Saya sedang giat memberikan tempat dan ruang untuk belia mengembangkan kreativiti dan inovasi di bandar Muar yang terkenal dengan nilai warisan serta sejarah tersendiri.



“Dahulu bandar Muar lebih dikenali sebagai bandar orang pencen, tetapi saya nak jadikan bandar Muar ini sebagai bandar orang muda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Belia ‘Bando Muo’ di Tanjung Emas di sini, hari ini.


Festival dua hari itu menampilkan pelbagai acara menarik bagi menarik minat belia dalam bidang kreatif dan inovasi seperti bengkel kerjaya, pertandingan E-Sport, festival muzik dan sesi percambahan minda bersama karyawan terkenal, Datuk M Nasir.


Syed Saddiq yang juga menteri belia dan sukan berkata, usaha memberikan tempat dan ruang buat anak muda kreatif dan inovatif itu penting dalam membangunkan tahap sosioekonomi di kawasan bandar itu serta membuka peluang pekerjaan kepada golongan itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement



“Usaha ini dapat mengelak golongan muda di Muar berhijrah ke bandar-bandar besar dan saya nak pastikan Muar ada banyak peluang untuk anak muda dan apabila kita sudah berjaya lakukan di Muar, saya tengok tiada sebab kita tidak boleh melakukannya di tempat lain di negara ini,” katanya.


– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel