Connect with us

Terkini

Latheefa Koya KP baru SPRM

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan peguam dan pengarah eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru berkuatkuasa 1 Jun lepas.

Beliau menggantikan Mohd Shukri Abdull yang memohon perkhidmatan kontraknya dipendekkan lebih awal sebelum kontrak berakhir.

Loading…

“Pelantikan ini antara langkah pembaharuan penting ke arah proses reformasi institusi-institusi kerajaan,” kata PMO dalam kenyataan hari ini.

Latheefa dilantik untuk tempoh kontrak selama 2 tahun.

Advertisement

Sementara itu, kenyataan sama memberitahu, selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009 (Akta 694), Seri Paduka Baginda turut memperkenankan permohonan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull untuk memendekkan perkhidmatan kontrak beliau lebih awal.

Katanya, ini sebelum kontrak beliau berakhir pada 17 Mei 2020 sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mohd. Shukri yang telah banyak berjasa kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel