Connect with us

Terkini

‘Pendirian saya tak bercanggah isu video seks’ – Dr M

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mempunyai pendirian yang bercanggah terhadap dakwaan salah laku seks yang menjejaskan anggota Kabinetnya yang lepas dan pada masa kini.

Beliau menyentuh perkara ini dalam satu artikel yang diposkan dalam laman blognya, Chedet. bertajuk “Contradiction”.

Loading…

“Saya dituduh bercanggahan dalam pendirian saya sendiri berhubung reaksi terhadap dakwaan salah laku seks menjejaskan seorang ahli Kabinet pada 1998 dan isu video seks yang sedang hangat sekarang ini yang dikaitkan dengan seorang lagi anggota Kabinet.

“Tindakan yang diambil pada 1998 bukannya berdasarkan klip video. Itu muncul kemudian. Mahkamah telahpun buat keputusannya. Video berikutnya tidak mempengaruhi mahkamah atau sesiapa pun. Ia tidak mempengaruhi saya.

Advertisement

“Dalam kes terbaru ini, video muncul dahulu. Sudah tentu ia satu cubaan untuk menghitamkan nama seorang yang tertentu itu bagi merosakkan masa hadapannya.

“Sekiranya saya mengambil tindakan seperti yang dikehendaki, saya akan menjadi pensubahat kepada plot. Saya tidak berhasrat menjadi alat kepada dalang. Saya tidak akan menjadi sebahagian daripada politik kotor itu,” katanya. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel