Connect with us

Jenayah

Lelaki ‘kenduri kepala kambing’ dan tuan rumah kenduri ditahan polis

Polis menahan seorang lelaki yang merakam video kenduri kepala kambing dan mempertikai Perintah Kawalan Pergerakan di Langgar, di sini, petang tadi.

Lelaki berusia 49 tahun yang merakam video menggunakan telefon bimbitnya dikesan selepas pihak berkuasa mendapat maklumat berkaitan rakaman berkenaan.

Selain perakam video, tuan rumah kenduri turut ditahan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah selepas menerima maklumat.

Beliau berkata, dua suspek masing-masing berusia antara 49 dan 60 tahun ditahan di dua kediaman berasingan dalam serbuan berkenaan di Langgar, Mukim Telaga Mas, Pokok Sena lebih kurang jam 7.15 petang hari ini.

“Berdasarkan siasatan, majlis kenduri kepala kambing yang menjadi tular diadakan kira-kira jam 12 tengah hari pada hari pertama pelaksanaan perintah pada 18 Mac lepas.

Advertisement

Loading…

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 3 (2) PPPB (Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) 2020/7(1) PPPB 2020.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM1,000 ataupun dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Malah, katanya, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun ataupun denda ataupun kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan.

“Bagi kesalahan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM), individu terbabit boleh didenda tidak melebihi RM50,000 ataupun dipenjarakan selama tepoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali.

Baca: Lelaki rakam video ‘kenduri kepala kambing’ dicari pihak polis

Advertisement

“Malah, individu terbabit hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan hingga selepas pensabitan kes,” katanya lagi.

Terdahulu tular video berdurasi 57 saat memaparkan lelaki itu sedang merakam suasana di sebuah rumah yang didatangi orang ramai sambil menikmati hidangan berasaskan kambing termasuk kepalanya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel