Connect with us

Terkini

Posmen Lastik Anjing Kena Gantung Tugas

Baru-baru ini viral satu video berdurasi 21 saat menerusi akaun Facebook Malaysia Independent Animal Rescue (MIAR) yang memaparkan seorang lelaki dengan berpakaian seragam Pos Malaysia bertindak melastik mata seekor anjing peliharaan menggunakan getah di sebuah perumahan di Kluang, Johor.

Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) telah bertindak menggantung tugas seorang kakitangannya yang bertugas sebagai posmen selepas video tersebut tular di media sosial.



Perbuatan posmen itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 21 saat hingga tular di laman sosial.

Menerusi kenyataan Pos Malaysia, pihaknya kesal dengan perbuatan kakitangannya itu dan telah menggantung tugas sementara siasatan dalaman dilakukan.

Advertisement

“Kami telah mengenal pasti posmen yang berada dalam video itu dan dia telah digantung kerja sementara menunggu hasil siasatan.

“Pos Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan kesalahan daripada pekerja kami dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas termasuk menamatkan perkhidmatan mereka,” katanya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel