Connect with us

Terkini

Kelulusan Permohonan i-Sinar Tanpa Kriteria Dipermudahkan Mulai 8 Mac Ini

Ketika ini, pasti ramai yang telah mendapat bayaran i-Sinar yang telah dimohon sejak hujung tahun lalu.

Pun begitu, ada juga permohonan yang tidak diluluskan sebelum ini atas sebab-sebab tertentu.

Anda tidak perlu lagi risau kerana permohonan tanpa kriteria bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac ini.


Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, kemudahan kelulusan itu juga memperlihatkan tiada lagi bayaran interim bermula dari tarikh tersebut.

Advertisement

Apa yang penting, anda merupakan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), belum mencapai umur 55 tahun dan mempunyai baki akaun (minimum RM150.00).

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03-89224848.

Bagi pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-89226000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my

isi9isii

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel