Connect with us

Terkini

[VIDEO] Pakar Seni Mempertahankan Diri ‘Kantoi’ Dakwa Diri Ada Ilmu Kebal

Pastinya ada yang pernah menonton video sekumpulan anak-anak muda cuba menyerang ‘Tok Guru’ mereka, tetapi kecundang meskipun pukulan belum menyentuh fizikal ‘Tok Guru’ itu.

Video seperti itu dengan mudahnya viral di media sosial dengan tanggapan bahawa ‘Tok Guru’ berkenaan memiliki ilmu kebal yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Namun, benarkah dakwaan itu atau sekadar ‘wayang’ untuk menghiasi dunia tipu-tipu?



Dua hari yang lalu viral satu video di media sosial menunjukkan seorang ‘pakar’ seni mempertahankan diri melakukan demonstrasi ilmu kebalnya kepada pemuda yang membuat liputan mengenainya.

Demonstrasi pertama menunjukkan, lelaki berbaju putih berusia lingkungan 30-an cuba menyerang pakar seni mempertahankan diri itu yang dianggarkan berusia 50-an tetapi gagal dan serta-merta dia terpelanting ke belakang lalu mengeras bagaikan batu.

Advertisement

“Rapat! Ha ini baru sedikit je. Ini bukan rekayasa,” kata lelaki tidak berambut itu.

“Iya faham. Boleh saya cuba melakukannya juga ye?” tanya pemuda berbaju hitam.

Percubaan pertama, anak muda itu berjaya menumbuk perut ‘pakar’ itu. Begitu juga dengan percubaan kedua dan ketiga, sekali gus menimbulkan persoalan, apa sebenarnya yang orang tua itu cuba buktikan selama ini? Menipu orang ramai untuk mendapatkan keuntungan?

Ramai netizen yang berpuas hati menonton video tersebut dan tergelak melihat pembohongan ‘pakar’ itu.

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by OFFICIAL MAKASSAR INFO (@makassar_iinfo)

“Dari dulu lagi aku memang tidak pernah percaya video-video ilmu kebal camni. Mantap anak muda!” kata netizen. – Agensi

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel