Connect with us

Hiburan

Neelofa, Suami Mengaku Tak Bersalah Langgar SOP PKPB

Usahawan dan selebriti tanah air, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, pagi tadi.

Neelofa bersama Haris dilihat hadir di Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira pukul 8.50 pagi untuk prosiding pendakwaan tersebut.



Terdahulu, kontroversi sekali lagi tercetus bagi pasangan selebriti ini berikutan sebuah video di Instagram yang menunjukkan mereka mengunjungi sebuah kedai permaidani, dikatakan di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Video 15 saat itu dikatakan dirakam oleh Neelofa sendiri, memaparkan perbualannya dengan seorang lelaki di kedai itu.

Advertisement

Kedua-dua mereka juga telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai pada awal bulan lalu.


Sumber: Twitter BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel