Connect with us

Terkini

Hilang Dua Hari, Penduduk Kampung Temui Warga Emas Lemah Dalam Tangki Septik

Misteri kehilangan seorang wanita yang dikenali dengan nama Fatimah Mohamad akhirnya terjawab selepas dia ditemui berada di dalam tangki septik yang terletak di belakang Dewan Serbaguna Lundu, Sarawak.

Memetik laporan Harian Metro, wanita yang berusia 62 tahun ini dipercayai hilang dari kediamannya yang terletak di Kampung Sempadi pada 1 Julai lalu. Adik mangsa kemudian tampil ke balai polis untuk membuat laporan. Difahamkan, kali terakhir mangsa dilihat berjalan di belakang rumahnya.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak, sebaik sahaja menerima panggilan daripada pihak polis, mereka bergegas ke lokasi kejadian. Menurut sumber, operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu dilakukan di kawasan hutan dan sungai.

“Hari ini (2 Julai) iaitu pada jam 2.20 petang, penduduk kampung menyedari mangsa berada di dalam tangki septik di belakang Dewan Serbaguna Lundu.”

Advertisement

Difahamkan, mangsa yang berjaya diselamatkan itu berada dalam keadaan lemah sebelum dihantar ke klinik untuk rawatan lanjut. Jelasnya lagi, punca wanita berkenaan berada di dalam tangki septik itu tidak diketahui.

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel