Connect with us

Politik

Tun Mahathir Nafi Guna Mata Wang Crypto

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad manafikan beliau pernah menggunakan mata wang crypto.

Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan beliau juga tidak menggalakkan orang ramai menggunakan mata wang tersebut, sebaliknya berpegang kepada fiat money atau mata wang fiat, atau wang fizikal.

Sehubungan itu tegasnya, jika ada promosi dalam iklan atau laman web yang kononnya beliau menggalak penggunaan mata wang crypto, ia adalah palsu.

“Pejabat saya sebelum ini ada buat laporan terhadap iklan jenis ini yang kononnya saya melabur dan menggalak kegunaan crypto currency ini.

Advertisement

“Iklan-iklan itu palsu. Saya difahamkan ada yang terpedaya. Sesetengah iklan itu seolah-olah disiar media tempatan.

“Saya difahamkan media tempatan juga sudah dimaklum dan mereka sudah buat laporan kepada pihak berkuasa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Mahathir berkata pihak awam perlu maklum bahawa perkara seperti itu tidak mudah ditangani kerana pelbagai laman web dan iklan palsu dapat dibangunkan dengan cepat.

“Tutup satu, timbul sepuluh. Penipuan dan pemalsuan menggunakan nama saya berlaku sebelum zaman media sosial dan internet lagi. Dari dulu juga ada yang terpedaya dengan promosi palsu peluang niaga yang kononnya libatkan diri saya.

“Ada laporan dibuat dan tindakan diambil. Ada yang tidak. Sesiapa yang sangsi, boleh periksa dengan pejabat saya. Saya tidak pernah dan tak akan terlibat dengan apa-apa skim cepat kaya,” katanya.

Advertisement

Malah Dr Mahathir berkata ada pihak yang percaya laporan palsu beliau nemiliku kekayaan berbilion.

“Semasa dalam kerajaan saya dah isytihar harta. Kalau ada yang masih nak percaya saya ada kekayaan berbilion, terpulanglah.

“Yang nyata manusia bermacam ragam. Ada yang cerdik, ada yang kurang. Ada juga yang pandai tak terikut,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel