Connect with us

Kemalangan

Ibu tunggal tiga anak maut digilis lori 3 tan

Seorang ibu tunggal, Wan Nurfarahin binti Mohd Radzi yang mempunyai 3 orang anak dilaporkan maut selepas terlibat dengan sebuah kemalangan jalan raya.

Difahamkan mangsa terlibat dalam kemalangan jalan raya di lebuh raya Sungai Besi.

Insiden tersebut dipercayai berpunca apabila motosikal yang ditunggang mangsa bergesel sebelum dilanggar sebuah lori tiga tan.

Mangsa yang merupakan ketua jururawat pergigian hospital swasta kemudian terjatuh sebelum digilis lori berkenaan.

Advertisement

Pemandu lori terbabit bagaimanapun mendakwa tidak sedar telah melanggar dan menggilis mangsa.

Rakan baik arwah yang dikenali dengan nama Puteri Putput meluahkan rasa sedih dengan pemergian arwah.

Dia yang mengakui terkejut selepas menerima berita tersebut menyifatkan arwah Wan Nurfarahin seorang rakan yang sangat baik dan sentiasa ada disisinya di saat susah dan senang.

Bercerita kembali kenangan bersama arwah, beberapa tahun lalu, Nurfarahin dikatakan sanggup menunggang motosikal walaupun tengah mengandung semata-mata mahu mengirimkan hadiah sempena hari lahir bayinya.

Lebih menyedihkan apabila mengetahui mereka juga bercadang untuk berjumpa dan melepaskan rindu namun Allah SWT lebih menyayangi arwah Wan Nurfarahin Binti Mohd Radzi .

Advertisement

“Kita memang jarang contact, last mesej Fa (arwah) minggu lepas tak silap. Put cakap dengan Fa jum lah jumpa, rindu. Fa balas rindu juga then tergantung macam tu je. Fa banyak menyepi.”

Bekas suami arwah yang dikenali sebagai Muhammad Basyer Roslee turut mengucapkan salam takziah dan bersedih atas pemergian tersebut.

Muhammad Basyer Roslee mengakui terlalu banyak kenangan bersama arwah yang tidak dapat dilupakannya. Dia juga berjanji akan menjaga tiga zuriat mereka dengan sebaik mungkin.

“Saya akan jaga zuriat kita sebaik mungkin. Semoga awak tenang di sana. Saya maafkan awak dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Banyak kenangan yang saya tak dapat huraikan. Mungkin ini dah ditakdirkan. Tenang lah di sana. Al-fatihah.”

Jenazah arwah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras Perdana.

Advertisement

@malaysianupdatenews Ibu tunggal tiga anak maut digilis lori 3 tan. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #kemalangan ♬ original sound – Pijah Mohamad 🇲🇾 – MMC MASAKMASAKCEKYANA

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel