Connect with us

Kemalangan

Netizen zahir rasa simpati, kereta baru dibeli sebulan ‘total lost’ kena hempap pokok

Tular sebuah video di media sosial memaparkan sebuah kereta dihempap pokok disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu minggu ini di beberapa kawasan.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh Izaamadam, sebuah kereta yang baru dibeli oleh seorang pegawai tentera dihempap pokok di kawasan parkir kenderaan di dalam kem tempat mereka bertugas.

Kereta jenis Volkswagen itu dipercayai baru dibeli tidak sampai sebulan dengan hasil titik peluhnya sendiri.

Namun malang menimpa apabila akhirnya dia tidak ada rezeki untuk memakai kereta mewah itu kerana mengalamai ‘total lost’ akibat dihempap sebatang pokok yang besar.

Advertisement

“Sedih tengok kereta yang dibeli dengan keringat sendiri dihempap pokok.”

Difahamkan pegawai berkenaan sebelum ini turut dikatakan pernah terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan keretanya itu total loss.

“Kereta baru ambil awal Januari 2022. Tahun lepas kemalangan kereta total lost. Terima dengan hati terbuka andai ujian ini Ujian Mu Ya Allah.”

Dalam pada itu, lelaki berkenaan memohon orang ramai mendoakan agar pegawai itu dimurahkan rezeki.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati, malah mereka juga mendoakan agar pegawai tersebut sentiasa bersabar dalam menghadapi ujian yang diberikan oleh Allah SWT.

Advertisement

@malaysianupdatenews Kesiannya..kereta baru beli sebulan..🥲 #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Farhatul Fairuzah

Sumber : Tiktok izaamadam

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel