Connect with us

Terkini

SPRM tahan guru besar minta dan terima rasuah RM10,000

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Guru Besar di sebuah sekolah di Kluang kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih RM10,000 tahun lepas.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Kluang pada kira-kira pukul 10.30 pagi tadi selepas hadir memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

“Difahamkan, lelaki tersebut telah meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pengusaha kantin dari sekolah yang sama sebagai dorongan untuk memudahkan urusan tuntutan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dilaksanakan sepanjang tahun lalu,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Advertisement

Lelaki tersebut itu telah dilepaskan dengan jaminan SPRM. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel