Connect with us

Pilihan Editor

Isu tulisan Jawi: “Saya sekolah di sekolah rendah estet, masuk SM Kerajaan, dapat Sarjana Muda dan Sarjana juga guna Bahasa Malaysia. Saya tidak juga jadi orang Melayu tapi masih lagi orang Cina.” – Liew

Ketika isu Jawi masih hangat diperkatakan, tular di media sosial seorang individu berbangsa cina yang sangat menyokong pembelajaran Jawi.

Individu yang bernama Liew Wean Chee itu tidak bersetuju apabila Jawi dikatakan bertujuan untuk mengislamkan kaum lain di Malaysia.

Loading…

“Saya sangat tidak bersetuju dgn pendapat yang mengatakan Jawi adalah senjata mengislamkan kaum-kaum lain.” Tulisnya melalui satu hantaran di media sosial.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Liew berkata beliau pernah belajar di sekolah dan universiti yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Malaysia namun beliau masih lagi seorang yang berbangsa Cina.

Advertisement

“Saya bersekolah di sekolah rendah estet, masuk SM Kerajaan, dapat Sarjana Muda dan Sarjana juga menggunakan bahasa pengantar Bahasa Malaysia. Saya tidak juga jadi orang Melayu tetapi masih lagi orang Cina.

“Waktu STPM, saya ambil subjek Tamadun Islam dan Sejarah Islam dan dpt Gred A. Saya tidak juga masuk Islam, tapi masih beragama Buddha.

“Selama saya berada di Malaysia nie, tidak pernah juga dipujuk ataupun dipaksa masuk Islam oleh kawan-kawan, guru-guru ataupun mana-mana pihak.” Katanya lagi.

Mengulas lanjut Liew berkata baginya Jawi hanyalah huruf Arab yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu dan mempersoalkan kenapa isu Jawi dipolitikkan.

“Bagi saya Jawi hanyalah merupakan huruf Arab dengan tambahan 6 huruf yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.

Advertisement

“Kenapalah nak mempolitikkan Jawi?

“Saya berasa hairan kenapakah time disuruh belajar Bahasa Melayu/Malaysia tiada bantahan. Tapi bila disuruh belajar tulisan Jawi, bukan main banyak bantahan.

“Sebenarnya sesuatu Bahasa dan huruf/tulisan yg dipelajari seseorang itu tidak akan mengubah status bangsa atau agama seseorang bah.

“Bila masa kamu nampak lepas seseorang itu belajar Bahasa Inggeris, terus dia jadi urang putih ataupun terus teruja nak masuk Kristian !” Jelas Liew lagi.

Liew juga berpendapat jika Jawi hendak dijadikan satu subjek dalam sukatan pembelajaran negara ini sepatutnya tiada masalah kerana menuntut ilmu itu tiada batasannya.

Advertisement

“Begitu juga dgn Jawi. Lagipun sekarang hanya 3 mukasurat sahaja. Pada pendapat saya, nak dijadikan satu subjek pun tiada masalah. Apa salahnya kita mempelajari lebih huruf/tulisan ?
Ilmu tu tiada batasannya bah..”

“Kalau ada yg sudi mengajar saya Jawi, saya siap sedia mempelajarinya 👍” kata Liew mengakhiri tulisannya.

Baca: ‘Mulai hari ini saya akan menulis dalam Jawi’ – Tuanku Permaisuri Agong

Kerajaan sebelum ini mengingatkan bahawa penganjuran satu kongres oleh Dong Jiao Zong bagi membantah pengenalan pembelajaran jawi di sekolah vernakular boleh mencetuskan kekacauan.

Perdana Menteri, Mahathir Mohamad meluahkan kebimbangan tindakan Dong Jiao Zong itu akan menyebabkan pihak tertentu bertindak balas.

Advertisement

Ogos lalu, Kementerian Pendidikan menetapkan pengajaran tulisan Jawi untuk pelajar Tahun Empat yang dijadualkan bermula tahun hadapan hanya akan dilaksanakan dengan persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa murid.

Baca: ‘Saya bercakap tentang keindahan Jawi dan kesenian Islam. Tak perlu nak jadi Muslim untuk hargai perkara ini.’ – Permaisuri Agong

Bagaimanapun Dong Jiao Zong bertegas agar Lembaga Pengelola Sekolah dilibatkan dalam proses membuat keputusan itu. – Malaysian Update

Baca: Isu Jawi: Tuanku Permaisuri Agong Luah Pandangan Baginda Di Twitter

Baca: Polis dapat perintah mahkamah batal persidangan bantah Jawi Dong Zong

Advertisement

Baca: 17 persatuan Cina tidak puas hati tindakan polis

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel