Connect with us

Pilihan Editor

Wajah Terbaru Syed Saddiq Selepas Berjaya Kumpul RM383,000

Misi #botakchallenge oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya berjaya.

Usaha Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan itu untuk mengumpul RM200,000 untuk membeli komputer riba bagi keluarga susah di kawasan Parlimennya mencapai sasaran.



Memetik laporan Astro Awani, Syed Saddiq berkata, jumlah kutipan sumbangan untuk ‘Kempen 1 Rumah 1 Komputer’ itu melebihi daripada jumlah sasaran tersebut sehingga jam 7 malam tadi.

“Setakat pukul 7 (malam) tadi, alhamdulillah kita bukan hanya mencecah RM200,000 tetapi dah nak kali dua iaitu RM383,000.

Advertisement

“Terima kasih kerana membantu keluarga susah di Muar supaya kita dapat kurangkan jurang digital di Muar,” katanya dalam AWANI745 pada Rabu.

Syed Saddiq juga menjelaskan beliau akan memohon kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan pengagihan komputer riba itu berjalan secara adil.

“Esok atau pada hari susulannya saya akan jumpa atau hantar surat secara rasmi kepada SPRM supaya turut serta bantu dalam proses penyampaian agar ia dapat dilakukan dengan adil.

“Kita hendak audit sebaik mungkin sebab kita hendak sampaikan komputer riba ini kepada semua pihak (selain) memastikan ia berkualiti tinggi, bukan yang tahan dua tiga bulan sahaja,” katanya seperti dipetik Astro Awani.


Lebih menarik Ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz sendiri yang bertindak ‘membotakkan’ kepala anaknya menerusi siaran secara langsung di saluran 501 Awani.

Advertisement

“Bukan berani atau tidak, tapi apabila janji telah dibuat, janji perlu ditunaikan walaupun ibu tengok dalam studio macam tak nak sahaja… tapi ini tanggungjawab.

Video: ‘Terima Kasih Rakyat Malaysia. Target Tercapai!’ – Yang Botak Syed Saitama

“Tak apa, rambut boleh tumbuh tapi (hasil) sumbangan ini akan kekal lama,” katanya lagi menjawab mengenai keberanian beliau untuk membotakkan kepalanya sehingga licin.

Sumber: Astro Awani,Fb Syed Saddiq

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel