Connect with us

Berita Lain

SPRM Panggil Shafie Apdal Kes Seleweng Dana RM1.5 Bilion Hari Ini


KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah
(Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal hari ini dipanggil Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi kenyataan berhubung siasatan penyelewengan
dana pembangunan luar bandar negeri itu berjumlah RM1.5 bilion.

Shafie dilaporkan akan terbang ke Kota Kinabalu
hari ini untuk bertemu dengan SPRM petang ini.

FMT difahamkan Shafie akan tiba di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kota Kinabalu sekitar jam 3 petang ini. Sebuah program oleh sayap
parti Warisan, Wirawati (Puteri) dibatalkan kerana beliau terpaksa menghadiri
sesi soal jawab tersebut, lapor Free Malaysia Today.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Hari ini, adiknya Hamid Apdal dibebaskan daripada
tahanan reman berhubung kes yang sama dengan ikat jamin RM50,000 dengan
RM25,000 dideposit berserta 2 orang penjamin.

Menantu Hamid juga dijangka dibebaskan hari ini,
manakala seorang lagi adik Shafie iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad
Datu daripada Umno, Datuk Yusof Apdal kini masih ditahan reman.

Sebelum ini dilaporkan 350 projek di bawah Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membabitkan dana awam bernilai RM7.5 bilion
sedang dipantau SPRM.

Projek berkaitan pembangunan prasarana air, elektrik dan
jalan raya itu dilaksanakan dalam tempoh 2009 hingga 2015, dilaksanakan di Kota
Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan
Sandakan.
Lebih 45 orang disoal siasat SPRM sejak siasatan bermula 3
minggu lalu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel