Connect with us

Berita Lain

Tertuduh Kes Bunuh Kim Jong-Nam Menangis Di Lokasi Kejadian


SEPANG, 24 Okt — Tertuduh warga Indonesia dalam kes
pembunuhan Kim Chol atau Kim Jong-nam, iaitu abang kepada pemimpin Korea Utara,
Kim Jong-un, menangis semasa melawat tempat kejadian di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu
media bahawa Siti Aisyah, 25, mengadu sesak nafas dan menangis ketika melawat
hab pengangkutan di hadapan kaunter teksi di Tingkat 1, selepas 45 minit
melawat lokasi kejadian.
“Siti Aisyah tiba-tiba beritahu dia sesak nafas. Baju
(jaket kalis peluru) itu berat dan keadaan pun agak sesak, jadi mungkin sebab
itu dia tiba-tiba sesak nafas,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Wan Shaharuddin berkata pihak pendakwaan kemudiannya memohon
disediakan kerusi roda untuk kedua-dua tertuduh iaitu Siti Aisyah dan Doan Thi
Huong, 28, warga negara Vietnam bagi memudahkan prosiding lawatan di tempat
kejadian.
Siti Aisyah kemudiannya ditenangkan oleh peguamnya dan
pasukan keselamatan.

Wan Shaharuddin berkata lawatan hari ini adalah untuk
mengesahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ditayangkan di Mahkamah
Tinggi semasa perbicaraan kes itu.
Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad berkata
lawatan itu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu melihat laluan yang
digunakan oleh kedua-dua tertuduh dan mangsa.
“Ini kerana kedua-dua tertuduh dan mangsa menggunakan laluan
berbeza pada hari kejadian,” katanya.
Lawatan dimulakan pada 9.45 pagi dengan melihat lokasi
berhampiran kedai serbaneka yang dipercayai tempat Doan bersembunyi sebelum
menyapu sesuatu kepada orang awam, dua hari sebelum kejadian bunuh itu.
Prosiding lawatan itu diteruskan dengan meninjau kios daftar
masuk di Balai Pelepasan, di Tingkat 3, di mana Kim Chol dipercayai disapu
racun VX.
Mereka juga meninjau tandas perempuan di tingkat sama di
mana Doan telah pergi ke tandas itu selepas kejadian bunuh itu didakwa berlaku.
Lawatan itu kemudiannya diteruskan ke Klinik Perubatan
Menara, yang berada di Tingkat 2, klia2, di mana Kim Chol mendapatkan rawatan
selepas dipercayai disapu dengan racun VX.
Mereka juga meninjau di kaunter teksi, di Hab Pengangkutan,
Tingkat 1, yang mana kedua-dua tertuduh pergi ke tempat itu selepas kejadian.
Lawatan itu berakhir selepas lebih tiga jam dan perbicaraan
akan bersambung di Mahkamah Tinggi esok.
Hampir 300 anggota keselamatan termasuk 200 anggota pasukan
petugas khas jenayah terancang (stafoc) Bukit Aman mengawal ketat sesi lawatan
itu.
Kedua-dua wanita warga asing itu didakwa bersama empat orang
lagi yang masih bebas, membunuh Kim Chol di klia2 pada 9 pagi, 13 Feb lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang
memperuntukan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel