Connect with us

Berita Lain

Pembangkang ‘Pandai’ Ambil Kredit Kerajaan


KUALA LUMPUR – Pelbagai tuduhan palsu dibuat oleh
pembangkang seperti Malaysia bukan lagi negara pilihan pelabur, pelabur asing
meninggalkan Malaysia dan Malaysia adalah sebuah negara yang gagal.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman
Dahlan berkata, data berhubung aliran masuk bersih pelaburan langsung asing ke
dalam Malaysia bagaimanapun menunjukkan sebaliknya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Aliran masuk bersih pelaburan langsung asing ke Malaysia
meningkat daripada RM23.9 billion pada tahun 2008 kepada RM47.2 billion pada
tahun 2016 dan sejak 2014 pelaburan langsung asing meningkat secara konsisten.
“Trend ini berlaku walaupun Malaysia berhadapan dengan
ketidaktentuan daripada luar seperti kejatuhan harga komoditi dan pasaran
kewangan global yang tidak menentu. Aliran bersih pelaburan langsung asing ke
Malaysia pada tahun 2014 sebanyak RM35.6 bilion, RM39..4 bilion (2015) dan
RM47.2 bilion (2016),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Abdul Rahman berkata, tatkala pembangkang menyebarkan
propaganda palsu demi kepentingan politik mereka, Selangor dan Pulau Pinang
menikmati pertumbuhan ekonomi, pembangunan, kemakmuran dan kestabilan yang
telah dibawa kerajaan persekutuan.
Sebagai contoh, kata beliau, Pulau Pinang negeri yang
mendapat kelulusan pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan bernilai RM7.7
billion bagi separuh pertama 2017 adalah bukti bahawa Kerajaan Persekutuan
tidak mendiskriminasi atau berat sebelah terhadap negeri-negeri yang dikuasai
pembangkang persekutuan demi negara secara keseluruhan.
Kata beliau, hal tersebut dibuktikan lagi dengan pembangunan
dan pembinaan rangkaian infrastruktur yang dilaksanakan oleh Kerajaan
Persekutuan seperti MRT, LRT dan lebuh raya yang jajarannya merentasi
bandar-bandar di Selangor termasuk Zon Perdagangan Bebas Digital yang terletak
juga di dalam Selangor di KLIA Aeropolis dan Jambatan Pulau Pinang ke-2 yang
menyambungkan tanah besar dengan pulau serta mengurangkan kesesakan di Jambatan
Pulau Pinang yang pertama.
Tambah beliau, pujian sepatutnya diberikan kepada agensi
Kerajaan Persekutuan iaitu Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di
bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang sentiasa
mempromosi Malaysia di peringkat global dalam usaha menarik pelaburan langsung
dari luar negara walaipun melibatkan negeri-negeri pembangkang.
“Modus operandi pembangkang adalah mengambil kredit bagi
semua pencapaian positif di negeri mereka dan pantas menyalahkan kerajaan
persekutuan apabila timbul apa-apa berita negatif tentang negara kita.
“Rakyat Malaysia mesti sedar dan menilai, pihak mana yang
bersungguh-sungguh menguruskan ekonomi negara dan pihak mana yang sibuk
berpolitik setiap masa,” katanya. 





-– MYNEWSHUB.CC

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel