Connect with us

Berita Lain

Bajet 2018: Najib Janji Berita Gembira Untuk Penjawat Awam


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,
pembentangan Bajet 2018 akan menjanjikan berita gembira khususnya kepada
golongan penjawat awam.
Perdana Menteri berkata, beliau akan mengumumkan peruntukan-peruntukan
terbaik kepada golo­ngan berkenaan pada Jumaat ini bermula 3.30 petang.
“Seperti yang dijanjikan, saya akan umum berita gembira
untuk penjawat awam, 27 Oktober ini pada 3.30 petang #Bajet2018,” katanya
menerusi Facebook beliau hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Selepas Perdana Menteri memuat naik status menggembirakan
rakyat itu, laman sosial beliau dihujani komen-komen daripada pengguna yang
meletakkan harapan tinggi selain berterima kasih di atas keprihatinan beliau.
Antaranya, seorang rakan Facebook beliau, Mohd. Haniff Nif
mengharapkan pengumuman bonus untuk penjawat awam kali ini dinaikkan sebanyak
dua bulan gaji berbanding hanya RM500 sebagaimana dalam peruntukan bajet
sebelum ini sejak tujuh tahun lalu.
Perkara sama turut dibangkitkan oleh Kongres Kesatuan
Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sebelum ini yang menuntut
kerajaan mempertimbangkan pemberi­an bonus sekurang-kurangnya satu bulan
setengah gaji kepada 1.6 juta penjawat awam bagi mengurangkan beban golongan
itu yang bergaji rendah untuk menyara kehidupan dengan kenaikan kos sara hidup.
Kesatuan berkenaan juga menuntut kerajaan membina rumah
mampu milik untuk penjawat awam berpendapatan rendah pada kadar harga serendah
RM80,000 sebuah memandang­kan kebanyakan projek perumahan kerajaan seperti
Perumahan Pen­jawat Awam 1Malaysia (PPA1M), skim Perumahan Mam­pu Milik Swasta
(MyHome) dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dijual pada harga
RM150,000 yang disifatkan masih tinggi bagi segelintir golongan tersebut.
Menerusi tinjauan cadangan di laman web khas untuk Bajet
2018, antara cadangan yang paling disukai orang ramai ialah meningkatkan elaun
kakitangan perkhidmatan awam sebagaimana yang dicadangkan oleh Ravidasan
berikutan kos sara hidup rakyat kini telah meningkat.
Richard Samie pula mencadangkan kadar gaji dinaikkan
sebanyak 4 peratus mengikut kadar inflasi semasa manakala elaun perumahan
ditambah sebanyak RM100.
— Utusan Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel