Connect with us

Berita Lain

Najib Buka Pembentangan Bajet 2018 Dengan Sindir Dr M


Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya menjadi sasaran pertama
kritikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap pembangkang, dalam
pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.
Walaupun tidak menyebut namanya secara khusus, Najib ketika
membuka ucapannya menempelak “orang itu” yang menurutnya menghina
masyarakat Bugis, lapor Malaysiakini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sayang seribu kali sayang, dalam kita ingin membina
peradaban, santun susila antara satu sama lain, sampai hati dan tergamak
sungguh ‘orang itu’ memaki, mencera keturunan Bugis.
“Tapi tak mengapalah, apa yang penting kita wajar untuk
terus berjiwa besar,” katanya disambut tepukan anggota parlimen BN yang
lain.
Bercakap dengan dialek Kedah, Najib berkata kebanyakan
penduduk negeri itu bersikap baik dan ramah, kecuali “seorang dua yang
mudah lupa diri”, merujuk kepada Mahathir yang berasal dari Alor Setar.
“Kerajaan BN ini ikhlas, kerja untuk negara dan ummah.
inilah bajet yang kita semua nanti-nantikan,” katanya lagi yang berpakaian
baju Melayu berwarna biru.
Ketika himpunan anti-kleptokrasi 14 Oktober, Mahathir
dilaporkan berkata Najib mungkin berasal dari ‘lanun Bugis’ yang sesat ke
Malaysia, dan memintanya pulang ke kampung halaman.

Namun beliau berkata kenyataan itu tidak merujuk kepada
masyarakat Bugis secara keseluruhan, sebaliknya individu tertentu sahaja.
“Salah ke (cakap begitu)? Takkan orang Bugis nak kata
kalangan orang Bugis tak ada penyangak, ada,” kata Mahathir dalam ucapan di
majlis rapat umum di Dataran Stargate di Alor Setar 20 Oktober lalu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel