Saturday, November 15, 2025

[VIDEO] Di Malaysia Kononnya Harga Juta-Juta, Di Indonesia Tokek Orang Buat Kopi Jer

November 6, 2017
1 min read

Dulu-dulu, viral sekejap mengenai seekor reptilia yang
kononnya boleh mengubati penyakit berbahaya seperti HIV.
Namanya cicak tokek atau apa sahaja, ikut daerah
masing-masing sebut. Maka, berlumba-lumbalah orang mencarinya. Pagi, petang,
siang dan malam ramai yang keluar ‘memburu’ haiwan tersebut, terutama di
kawasan-kawasan hutan atau yang mana habitatnya lebih mudah untuk ditemui.


Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Yalah, dengan ‘harga pasaran’ haiwan tersebut yang dikatakan
mencecah jutaan ringgit, pastinya ia mampu membuatkan sesiapa sahaja terliur
untuk turut serta dalam pemburuannya.
Malah katanya, ada yang sanggup mengeluarkan modal membina
sangkar dan menyediakan keperluan haiwan tersebut untuk dipelihara, supaya bila
sampai masanya, cukup syaratnya bolehlah buat duit dengan menjual tokek itu.



Namun lain pula apa yang berlaku di negara jiran kita ini,
Indonesia. Dekat Malaysia konon harganya juta-juta, disini tokek cuma dibuat
serbuk kopi sahaja. Ya, serbuk kopi. Kalau betul harga juta-juta, mungkin
itulah kopi paling mahal di dunia. Untunglah siapa yang dapat merasa kopi
tersebut.


Kopi itu bukan sembarangan kopi, ia didakwa boleh menjadi
penawar masalah pernafasan yang berpunca daripada masalah keturunan. Prosesnya
pun mudah, cuma perlu dibakar tokek tersebut hingga kering, lalu
dihancur-hancur menjadi serbuk sahaja, maka terhasilah ‘Kopi Tokek’.



Namun, untuk menambah rasa dan keenakkannya, masyarakat
Sumbawa menambah halia ke dalam campuran tokek tersebut. Masukkan ke dalam
lesung kayu, ditumbuk bersama-sama hingga menjadi serbuk.

Kalau serbuk tokek itu didakwa berfungsi untuk merawat
masalah pernafasan, halia pula menjadi penghangat badan dengan, melancarkan
perjalanan darah, melegakan demam dan mengurangkan berat badan, kira campuran
lengkaplah.
Katanya enak diminum, tak tahulah. Mungkin ada orang
Malaysia yang berminat nak buat Kopi Tokek versi Malaysia kan, bolehlah
sama-sama kita cuba.



Sumber : TRANS7

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Dua Penyanyi Dangdut Maut Dalam Kemalangan Di Sulawesi Selatan

SULAWESI SELATAN, INDONESIA – Dua penyanyi dangdut wanita tempatan dilaporkan maut selepas

Belum Kering Luka Gaza, Tular Pula Penderitaan Umat Islam di Sudan

SUDAN – Belum pun reda air mata kita mengenang nasib saudara di