Connect with us

Berita Lain

Barisan Nasional Terbaik Memimpin Negara – Najib


KUALA LUMPUR – Rakyat perlu mempunyai kesedaran politik
bahawa Barisan Nasional (BN) adalah parti terbaik untuk memimpin negara pada
masa kini dan akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga pengerusi BN berkata sejak sekian lama
mentadbir negara BN adalah sebuah parti yang sentiasa berjuang membina masa
hadapan bagi memenuhi harapan rakyat selain mempunyai rekod perkhidmatan yang
cemerlang.
“Kita (BN) telah membina sebuah negara yang aman dan stabil
dan tiada ancaman terhadap rakyat. Kita telah membawa banyak kemajuan dan
agenda transformasi negara,” katanya semasa melancarkan Rangkaian Sahabat
Puteri BN:AZALEA 2018 di sini, hari ini.
AZALEA bertujuan menjalin kesepakatan dan kerjasama erat
bukan sahaja antara Puteri parti-parti komponen BN, tetapi juga bersama badan
bukan kerajaan (NGO), mahasiswi dan wanita muda dalam memberikan sokongan untuk
BN.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hadir sama isteri perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor,
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Puteri UMNO
Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Najib menegaskan rakyat tidak boleh menaruh harapan kepada
pakatan pembangkang yang mana mereka adalah ‘untested coalition’,’ tidak senang
hati’ dan curiga antara satu sama lain.
Perdana menteri berkata kepimpinan BN yang ada pada masa
kini akan terus bersedia membawa negara ke arah masa depan yang lebih gemilang
menerusi Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan menjadikan negara berada pada
kedudukan antara 20 negara terbaik dunia.
“Saya nak tanya kalau ini aspirasi kita, sama ada orang yang
berumur 93 tahun boleh membawa kita ke arah masa depan yang kita nak tuju?
Inilah persoalannya. Kita boleh jawab sendiri,” katanya yang jelas merujuk
kepada calon perdana menteri pakatan pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sementara itu Najib berharap gabungan sahabat Puteri
daripada parti komponen BN yang dinamakan AZALEA itu akan menjadi angkatan
baharu yang disegani dan hebat dalam jentera BN.
“Saya mahu dalam hati sanubari kita yang berhimpun hari ini
khususnya anda yang mewakili generasi milenium untuk beriltizam dan bekerja
bersungguh-sungguh menjamin kemenangan besar untuk BN (dalam pilihan raya umum
ke-14),” kata beliau.
Najib turut merakamkan penghargaan terhadap penubuhan
AZALEA, sebagai simbolik kebersatuan keseluruhan anggotanya yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang dan kumpulan etnik untuk berjuang demi BN.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam pada itu Najib turut menggariskan tiga pesanan kepada
anggota Puteri parti komponen BN, yang pertama berjuang dalam satu barisan yang
padu, kukuh dan mengamalkan budaya kerja sepasukan.
“Yang kedua, kita mesti berjuang dengan hati dan niat ikhlas
kepada parti dan negara. Sebab inilah kita nak idealisme dalam perjuangan
generasi muda. Tidak tercemar dengan kepentingan material dan kepentingan diri.
Bergeraklah dengan niat yang suci dan ikhlas,” katanya.

Advertisement
Perdana menteri turut mengingatkan mereka supaya yakin untuk
sama-sama berjuang membina masa hadapan bagi memenuhi harapan rakyat. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel