Connect with us

Berita Lain

Azmin Tanya 1MDB, Najib Sindir Isu Air


KUALA LUMPUR 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Datuk Seri Mohamed Azmin
Ali (Gombak-PKR) mengambil langkah menyelesaikan isu air di Selangor yang
disifatkan kritikal berikutan Menteri Besar Selangor itu cuba mengaitkan
pembayaran faedah hutang negara dengan 1Malaysia Development Berhad
(1MDB). 
Najib berkata, isu ekonomi negara termasuk pembayaran hutang
diuruskan dengan baik dan berharap Mohamed Azmin juga memberi perhatian
terhadap masalah bekalan air terputus yang berlanjutan sejak beberapa hari lalu
di negeri tersebut.
“Kewangan negara kita termasuk hutang negara memang
diuruskan dengan baik dengan harapan masalah air di Selangor akan diselesaikan
dengan baik,” katanya ketika sesi soal jawab sempena persidangan Dewan Rakyat,
di sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Dalam soalan tambahan itu, Mohamed Azmin mempersoalkan sama
ada kemelut hutang 1MDB mendatangkan kesan kepada peningkatan pembayaran faedah
hutang sebanyak 12.5 peratus daripada pendapatan negara berbanding 2009 yang
melibatkan perbelanjaan sebanyak sembilan peratus untuk tujuan sama.
Soalan Mohamed Azmin itu bagaimanapun mencetuskan keadaan
gamat dalam dewan sehingga menyebabkan beberapa wakil rakyat BN termasuk dari
Baling membidas mengenai masalah air di Selangor.
Mohamed Azmin bagaimanapun terus berdiri untuk
mempertahankan soalannya supaya dijawab oleh Najib.
Sehubungan itu, wakil rakyat BN dari Pendang dan Parit
Sulong memintanya duduk namun keengganan Mohamed Azmin menyebabkannya ditegur
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
“Gombak duduk, kalau berdiri sekali lagi saya tidak
teragak-agak menggunakan kuasa saya. Yang lain tolong senyap kerana ahli-ahli
Yang Berhormat tidak membantu saya,” katanya sambil mengingatkan supaya wakil
rakyat tidak melanggar peraturan mesyuarat.
Najib kemudian turut menyifatkan keengganan Mohamed Azmin
berdiri sebagai reaksi ‘panas punggung’ terhadap isu air.
Menjawab soalan Mohamed Azmin, Najib menegaskan, hutang
negara diuruskan dengan baik berikutan peratusan hutang negara daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telahpun dikurangkan kepada 50.8 peratus
daripada 55 peratus jumlah maksimum yang menunjukkan jumlah keseluruhan semakin
menguncup.
Menurutnya, keadaan itu terbukti berdasarkan pencapaian
Malaysia yang diletakkan dalam kategori A daripada badan penarafan antarabangsa
dari sudut kemampuan membayar balik hutang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Soalnya, bukan saiz hutang tetapi kemampuan kita membayar
balik (hutang). Singapura punya hutang lebih besar , kemampuan bayar balik
memang ada. Kita juga ada kemampuan utuk bayar balik yang tidak boleh
dipersoalkan,” katanya.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Liang Teck
Meng (Simpang Renggam-BN), Najib turut menyifatkan pembangkang membuat
permbohongan jelas berikutan sering mendakwa Malaysia akan muflis termasuk
menyebarkannya ke negara luar bagi tujuan memburukkan negara.
Beliau sehubungan itu menegaskan supaya pembangkang
menyampaikan maklumat secara berfakta bukannya mengeluarkan kenyataan tidak
berasas.
“Apa yang saya katakan di dalam dewan ini adalah berasaskan
kepada fakta yang telah pun disahkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsan (IMF)
dan sebagainya.
“Jadi kalau ada pihak kata Malaysia ini bankrap atau negara
yang gagal, itu adalah satu pembohongan yang jelas,” katanya.



– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel