Connect with us

Berita Lain

Halang Najib Ke Luar Negara Bukan Sebab Dendam


SHAH ALAM – Kerajaan tidak berhasrat membalas dendam apabila
larangan ke luar negara dikeluarkan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, keputusan itu
telah dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kerjasama Ketua
Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

“Perdana Menteri meyakini bahawa ada beberapa perkara
perlu disiasat terlebih dahulu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, bahawa
kerajaan Pakatan Harapan tidak akan membalas dendam sebaliknya bergantung
kepada bukti dan fakta yang digunakan bagi menyiasat seseorang,” jelasnya
yang ditemui pada Majlis Ramah Mesra Petugas Pilihan Raya Parlimen Kota Raja,
hari ini.
Katanya, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan
dibawa masuk ke dalam Akta Rahsia Rasmi (OSA) agar ia boleh turut dibaca orang
awam.
“Kalau ada apa-apa bukti yang menunjukkan bekas perdana
menteri bersalah maka beliau akan didakwa.
“Jika tidak, tiada sebarang tindakan dikenakan,”
jelasnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ditanya mengenai tempoh larangan dan siasatan, Mohamad
berkata ia bergantung kepada kecekapan badan PAC menjalankan siasatan mereka.
Berhubung isu tanah yang milik Angkatan Tentera Malaysia
yang dibangkitkan Tan Sri Rafidah Aziz sebelum ini, Mohamad berkata sebarang
dakwaan akan disusuli dengan siasatan terlebih dahulu sebelum sebarang
kenyataan rasmi dibuat.
April lalu, Rafidah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa
bekas perdana menteri selaku menteri pertahanan pada 2008 telah mengesyorkan
penswastaan lebih 40,000 hektar tanah ATM kepada sebuah syarikat milik tiga
individu dan telahpun diluluskan serta dilaksanakan. – Astro Awani

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel