Connect with us

Berita Lain

Rafizi, Terimalah Keputusan Secara Positif – Nurul Izzah


BUKIT MERTAJAM: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Nurul Izzah Anwar meminta agar bekas anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli
menerima keputusan secara positif akan pelantikan tiga anggota kanan kabinet
baharu yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.
Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh turut
mahu melihat rakyat optimis terhadap pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH)
sebagai kerajaan baharu.
“Apa yang diperlukan ketika ini adalah fokus kepada
rakyat menerusi kerjasama baik dalam pentadbiran.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebagai kawan baik, saya begitu menghargai sumbangan
yang diberikannya (Rafizi) kepada parti dan negara.
“Jadi saya minta, demi perjuangan sahabat sejati,
marilah kita lakukannya secara positif dan mengatasi apa sahaja yang berlaku
untuk melalui fasa baharu pembentukan kerajaan di bawah PH,” katanya
kepada pemberita selepas majlis kenduri kesyukuran sempena kemenangan rakyat
Permatang Pauh di sini hari ini.
Nurul Izzah diminta mengulas mengenai kenyataan Rafizi, juga
naib presiden PKR, yang mendakwa pelantikan pemimpin tertinggi Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM), DAP dan Amanah sebagai menteri kanan yang dibuat Dr
Mahathir adalah tanpa perbincangan dan rundingan dengan PKR.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Nurul Izzah berkata kenyataan lanjut berhubung perkara
berkenaan akan diberikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini.
Dalam pada itu Nurul Izzah turut menyifatkan komentar oleh
Tan Sri Dr Rais Yatim sangat berguna.
“Saya fikir Dr Rais Yatim mengeluarkan komentar yang
sangat berguna dan kita ambil kesemua komentar yang dibawa dalam hasrat untuk
memastikan pentadbiran ini bertumpukan kepada rakyat,” katanya.
Rais dalam catatan komentar sebelum ini menggesa Pakatan
Harapan tidak mengambil remeh teguran Rafizi sebaliknya menggesa segera
mengotakan janji kepada rakyat.
Rais turut dilapor berkata Rafizi telah banyak berkorban
untuk Pakatan Harapan.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel