Connect with us

Berita Lain

‘Saya Mohon Maaf’


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau dan
pasukannya dalam Barisan Nasional (BN) menghormati kehendak rakyat, sekali gus
memberikan jaminan bahawa peralihan kuasa akan berjalan lancar.
Pengerusi BN itu berkata, beliau sentiasa meletakkan
kepentingan negara serta rakyat sebagai keutamaan dan berhasrat untuk terus
berkhid­mat kepada masyarakat negara ini dalam apa jua kapasiti yang diperoleh.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau pada masa sama memohon maaf atas sebarang kekurangan
dan kesilapan serta berterima kasih kepada rakyat keseluruhannya kerana memberi
peluang untuk beliau memimpin negara yang hebat ini.
“Saya berdoa agar selepas tempoh ‘perpecahan’ ini, negara
akan bersatu semula. Saya memohon maaf atas sebarang kekurangan dan kesilapan
dan saya berterima kasih kepada rakyat kerana memberi peluang untuk me­mimpin
negara kita.
“Telah menjadi peng­hormatan seumur hidup saya berkhidmat
untuk anda dan Malaysia,” katanya dalam akaun Facebook beliau hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bekas Perdana Menteri itu turut memberitahu, beliau akan
berehat seketika untuk menghabiskan masa bersama keluarga.
Menurut beliau, sepanjang tempoh lebih empat dekad terlibat
dalam politik, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu menyaksikan
keadaan paling sengit dalam sejarah negara dan keputusan yang amat menyedihkan
ba­ginya.
– Utusan Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel